View: 30198|Reply: 19
|
Bung Moktar tak tergugat desakan letak jawatan
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak tergugat dengan desakan yang memintanya meletak jawatan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes rasuahnya.
Menerusi satu maklum balas kepada media hari ini, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata beliau tidak mahu menjawab komen pihak terbabit yang disifatkannya sebagai tidak berwibawa dan berat sebelah.
"Saya tidak terpanggil untuk menjawab komen dari badan bukan kerajaan (NGO) yang langsung tidak berwibawa dan berat sebelah.
"Soal dalam UMNO biarlah UMNO yang tentukannya. Kes saya bukan kes baharu, ianya telah berjalan bertahun-tahun," katanya dalam maklum balas yang dikongsikan kepada media.
Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang memintanya meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah selepas Mahkamah Rayuan, semalam memerintahkan kes rasuahnya dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.
Berikutan itu, Bung Moktar dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad, perlu membela diri.
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang juga bekas aktivis UMNO, Datuk Zulkarnain Mahdar, semalam menyuarakan agar Bung Moktar mengundur diri dan memberi tumpuan kepada perbicaraan kes mahkamah yang dihadapinya.
Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, berkata kes mahkamah yang dihadapinya tidak mengganggu kedudukan beliau untuk menjalankan tugas selaku Ketua UMNO Sabah.
"Kepada semua penyokong UMNO - BN, bertenang dan jangan terganggu dengan keadaan yang berlaku, sentiasa fokus kepada memperkasakan parti.
"Insya-Allah yang benar pasti akan mengatasi perkara yang tidak benar," katanya.
Sebelum ini, kepemimpinan UMNO Sabah turut menyatakan sokongan kepada Bung Moktar dan menghormati proses undang-undang yang dilalui pemimpin berkenaan.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan menerusi prosiding Mahkamah Rayuan semalam, Bung Moktar belum dan bukannya disabitkan bersalah, sebaliknya hanya diminta membela diri untuk menyelesaikan proses undang-undang.
Sumber - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Park youuuu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
alasannya umno tentukan dan bukan kes baharu..
harap sabit salah, boleh sambung tunjuk samseng dipenjara |
|
|
|
|
|
|
|
Monyet..semoga dibakar api nuraka |
|
|
|
|
|
|
|
aik udah kena tuduh pun masi tak malu kamu bahhhh mau pegang itu jawatan?
palui kamu ni bahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Moga mati sebelum aiols supaya aiol boleh cerca kau nanti instead of taip Al Fatihah bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah hanat ni bebas smlm mesti dah menyalak walaun2 tuduh pmx masuk campur dlm kes beliau..semoga merepot laki bini dlm jel! |
|
|
|
|
|
|
|
meols bayangkan kalau laki bini masuk jel, cemane bini nk menten skincare ye? fillers..botoks.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua ni percaturan politaik celaka. |
|
|
|
|
|
|
|
pengundi ini kena lontar aje rasuah wah ramaix2 pi undi PH. akhirnya negara huru hara. hampir 6 tahun makin huru hara. pemerintah mcm kera jaaan.
umpan aje x perlu dominan parti dlm kerajaan konon rasuah akhirnya kerajaan campuran asyik fikir bila nak runtuh. bila masa nak buat kerja ya. |
|
|
|
|
|
|
|
oh gila imagination uols... hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden blh lps x kan aku x blh lps kot
Mn blh presiden nikmat sorang2. |
|
|
|
|
|
|
|
Bung kan dh kaya sakau, resign duk umah jer lah main ngan cucu2 & anak kecik berderet2 tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Belum tentu Bung akan didapati bersalah..terpulang pd para hakim.Jika ada sedikit keraguan menasabah dia mungkin terlepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang seperti ini tak wajar dipilih sebagai pemimpin. Ketika terpalit ke rasuah masih keras kepala nak pegang jawatan. Ketegaq sangat nak pegang jawatan tu utk apa? Utk bela rakyat? Ptuih. Semuanya utk kepentingan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Tue la bung sapa suruh langgar Hajiji & GRS.
Nak tgk mcm mana zahid nak urus bung nie utk PRN sabah nanti. Umno nak gerak solo atau join GRS. |
|
|
|
|
|
|
| |
|