View: 30034|Reply: 10
|
Polis minta kerajaan teliti, perhalusi cadangan Akta Tahanan Rumah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Polis berharap kerajaan akan meneliti dan memperhalusi cadangan penggubalan akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah dilaksanakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia penting bagi memastikan pelaksanaan Akta Tahanan Rumah itu dapat berjalan secara lebih teratur.
"Apa yang paling penting sekali sekiranya cadangan untuk menempatkan tahanan rumah ini dilaksanakan, adalah dalam konteks kepentingan dan keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum secara keseluruhannya terjamin.
"olis komited untuk memberikan kerjasama berhubung perkara ini khususnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara," katanya kepada BH hari ini.
Pada 19 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata rang undang-undang berkaitan tahanan di rumah akan dibentang pada tahun depan dengan Kabinet secara dasarnya juga sudah memberi kelulusan.
Cadangan Akta Tahanan Rumah disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius membabitkan 20,000 pesalah kategori tertentu.
Susulan itu, Saifuddin dilaporkan berkata tidak perlu ditimbulkan polemik berkaitan siapa layak dipertimbangkan menjalani hukuman kerana pesalah perlu melepasi beberapa tahap tapisan antaranya memiliki rekod disiplin baik ketika dipenjara.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya sedia memberikan sebarang cadangan dan penambahbaikan dalam sebarang sesi libaturus bagi memastikan kepentingan semua pihak terutama masyarakat umum tetap terpelihara.
Sumber - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan Akta Tahanan Rumah disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius membabitkan 20,000 pesalah kategori tertentu.
contoh org tua, wanita dengan bayi, (hamil ketika tangkapan sbb kes naya) tu mmg eloklah dibagi pelepasan mcm ni.. tak semua jahat dalam tu dik non, ko pun boleh kena kalau nasib tak baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau songlap juta2.tu dikira kesalahan tak serius juga ka?sronokla ahli politik yang mkn rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kerja pulak pihak polis nak kena monitor 20k yg layak...jika dibenarkan, akan bertaburan seantero pelusuk negara negeri..dari fokus satu penempatan dlm cell.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tan Sri Razor harap berfikir lagi 10x pasal benda ni. Tahanan kat lokap & penjara pun boleh terlepas inikan kat rumah, Tan Sri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahanan rumah ni konsepnya mcmane ye? Adakah duduk dlm rumah shj, tak boleh keluar2. Tak boleh jumpa orang luar, tapi orang luar boleh datang ke rumah ziarahi pesalah? Siapakah mereka yg dikategorikan dn layak dpt tahanan rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai la nk buat jenayah x berat lepasni. Ujong2 duk umah |
|
|
|
|
|
|
|
kerana nak bebaskan seseorg |
|
|
|
|
|
|
| |
|