CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10418|Reply: 6

[Dunia] Trump Rancang Mahu Guna Kuasa Tentera Untuk Halau PATI Di Amerika Syarikat.Netizen terbelah dua

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, mengesahkan rancangannya untuk mengisytiharkan darurat berkaitan keselamatan sempadan dan menggunakan kuasa tentera bagi melaksanakan pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, lapor NST
Langkah kontroversi ini dijangka mencetuskan perdebatan hebat, bukan sahaja di Amerika tetapi juga di peringkat global.

Imigresen menjadi isu panas dalam kempen pilihan raya Trump, yang menyaksikan beliau berjaya menewaskan Naib Presiden Kamala Harris pada pilihan raya 5 November lalu.

Janji utama Trump ialah menghantar pulang jutaan pendatang asing tanpa izin dan memperketatkan sempadan Mexico selepas peningkatan rekod migran ketika pentadbiran Presiden Joe Biden.

Dalam hantaran di platform media sosialnya, Truth Social, Trump mengulang siar kenyataan seorang aktivis konservatif yang mendakwa presiden itu “bersedia untuk mengisytiharkan darurat kebangsaan dan menggunakan aset ketenteraan untuk membalikkan ‘pencerobohan Biden’ melalui program pengusiran besar-besaran.”

Trump mengesahkan hal ini dengan komen ringkas, “Benar!”

Sebagai langkah awal, Trump melantik Tom Homan, bekas Ketua Pemangku Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE), sebagai “czar sempadan.”

Homan, yang dikenali sebagai seorang yang lantang, memberi amaran kepada pendatang, “Anda patut mula berkemas sekarang.”

Anggaran menunjukkan sekitar 11 juta orang tinggal secara haram di Amerika Syarikat, dan rancangan Trump ini dijangka memberi kesan langsung kepada sekitar 20 juta keluarga.

Trump terus menggunakan retorik berapi-api, menggambarkan migran sebagai ancaman yang akan “merogol dan membunuh rakyat Amerika” dan bersedia untuk menggunakan tentera bagi melawan kumpulan pendatang asing ini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmm…. MAGA= make america genocide again…

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
11 juta

Termasuk @nusaraya ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah kauu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:16 PM | Show all posts
sape nak buat keje2 buruh kasar tu semua???....the best thing is to legalize them je la....bongkak tul muka...ingat lagi masa aku gi US masa dia jadi president dulu...habis bag aku dibongkar...dah la dia main terbalikkan je....nak susun balik satu hal la pulak....setiap kali transit aku paling harus la kena terkejar2 to catch the next flight sbb ambik masa nak susun barang aku balik....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
New York City dah jadi sarang pendatang asing. NYC adalah Sanctuary city,maknanya pendatang haram boleh tinggal di sana tanpa dikenakan tindakan. Polis pun tak dapat boleh apa-apa akibat dasar ini. Malah pendatang haram ni diberi rumah sementara lagi. Memang gila punya dasar. Puak pendatang ni ada gang member buat jenayah di sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 01:37 PM | Show all posts
Semoga Malaysia ambil pendekatan serupa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056799 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list