View: 34693|Reply: 1
|
[Tempatan]
Rumah penghulu terbakar, peruntukan kerajaan RM12,000 hangus dijilat api
[Copy link]
|
|
Rumah penghulu terbakar, peruntukan kerajaan RM12,000 hangus dijilat api
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... hangus-dijilat-api/
Oleh ROHANA ISMAIL
20 November 2024, 3:53 pm
Mohd. Sabri melihat sisa kebakaran selepas rumahnya di Kampung Telaga Lanas, Tumpat hangus dijilat api hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL
TUMPAT – Wang tunai sebanyak RM12,000 untuk digunakan bagi membeli khemah dan menyiapkan projek stor untuk Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) hangus selepas rumah penghulu Mukim Ketil di Kampung Telaga Lanas di sini terbakar hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan keseluruhan rumah milik Mohd. Sabri Daud, 53, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Ketil musnah dijilat api.
“Ketika hampir terlelap, saya terdengar bunyi letupan kecil dari arah stor rumah yang sudah siap 95 peratus. Stor itu merupakan ruang tambahan yang bercantum dengan dinding ruang tamu.
“Saya terus bangun dan melihat api dari bahagian stor itu. Terkejut dengan bunyi tersebut, saya mengangkat cucu sebelum kejutkan isteri dan anak kembar berusia 16 tahun supaya mereka keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Mohd. Sabri memberitahu, dia tetap bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat, namun tidak sempat menyelamatkan wang tunai peruntukan Sejati Madani untuk digunakan membeli khemah dan menyiapkan projek stor di kampung itu.- KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|