CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4248|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan benarkan pemegang LPF tanam sebahagian kawasan dengan spesies buluh

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan bersetuju membenarkan pemegang lesen ladang hutan (LPF) sedia ada untuk menanam sebahagian daripada kawasan berkenaan dengan penanaman spesies buluh mengikut kesesuaian tanah.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata industri buluh mempunyai potensi besar yang perlu diterokai oleh Sarawak dan semua pihak termasuk komuniti tempatan harus mengambil peluang ini.

Menurutnya, berdasarkan kepada Bamboo Global Market Report 2024, saiz pasaran buluh peringkat global diunjurkan berkembang daripada AS$70.59 bilion pada 2023 kepada AS$75.12 bilion pada 2024.

“Setakat ini Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama pihak swasta menyasarkan untuk membangunkan 10,000 hektar dengan penanaman buluh.

“Sehingga September 2024, seluas 3,900 hektar kawasan telah ditanam dengan pelbagai spesies buluh oleh 12 entiti komersial dan 33 komuniti yang telah berdaftar dengan PUSAKA,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Tambah Awang Tengah, kerajaan menggalakkan pihak swasta terlibat dalam pembangunan ladang buluh.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga bersetuju untuk pemegang lesen ladang hutan (LPF) sedia ada untuk menanam sebahagian daripada kawasan berkenaan dengan penanaman spesies buluh mengikut kesesuaian tanah,” ujarnya.

Beliau berkata, antara produk yang boleh dibangunkan daripada sumber buluh ialah biochar, perabot, pulpa dan kertas, makanan, kosmetik, tekstil dan kraf tangan dan merupakan produk hijau yang boleh mengganti penggunaan plastik.  

Mengenai hasil perkayuan Sarawak, Awang Tengah berkata, jumlah nilai hasil eksport industri perkayuan Sarawak bagi suku ketiga 2024 adalah sebanyak RM2.1 bilion.

“Jepun kekal sebagai pengimport utama bagi produk perkayuan Sarawak dengan nilai RM1.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding RM1.18 bilion pada tempoh yang sama bagi tahun 2023.  

“Pasaran utama lain adalah India sebanyak RM307 juta, Timur Tengah RM145 juta, China RM110 juta dan Taiwan RM88 juta,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak juga membangunkan industri nilai tambah seperti kayu pelet yang digunakan sebagai bahan bakar mesra alam bagi penjanaan kuasa elektrik.  

Katanya, nilai eksport kayu pelet Sarawak bagi tempoh suku ketiga tahun 2024 adalah berjumlah RM60 juta dan ia merupakan peningkatan sebanyak 69 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2023 yang bernilai RM36 juta, dengan pasaran utama bagi kayu pelet Sarawak adalah Jepun dan Belanda.

“Bagi menyokong usaha dalam memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab pengeluaran perabot yang berdaya saing, Kerajaan Sarawak melalui PUSAKA kini sedang merangka pembangunan taman industri perabot (Furniture Park) di Demak Laut dan Tanjung Manis.

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menarik pelaburan strategik dalam sektor pembuatan perabot tetapi juga dijangka memberikan lonjakan kepada ekonomi Sarawak secara menyeluruh,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050061 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list