CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62233|Reply: 0

[Sabah] RM50,000 bantu penganjuran Festival Seni Sabah 2024

[Copy link]
Post time 23-11-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-11-2024 05:29 AM



LAWAT: Christina ketika menyaksikan penjanaan kuasa hidroelektrik dalam Pertandingan Seni dan STEAM.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kian Kok bagi menyokong Festival Seni Sabah 2024 dan aktiviti berkaitan seni di sekolah itu, pada Jumaat lepas.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata pihaknya menyokong penuh acara yang dianjurkan oleh persatuan alumni sekolah berkenaan.

Katanya, Ia menampilkan pameran seni hasil ciptaan pelajar dan artis profesional serta aktiviti seperti permainan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

“Festival tahun ini mempunyai kelainan kerana telah menggabungkan pelbagai bentuk seni dengan teknologi STEAM, selain menawarkan gabungan dinamik aktiviti dan pameran.

“Hari ini, kita berkumpul bukan sahaja menyaksikan gabungan unik seni dan teknologi, tetapi juga untuk meraikan kekayaan warisan budaya Sabah,” katanya.

Menurutnya, ia bukan sahaja perayaan visual seni, tetapi peluang untuk meneroka bagaimana seni dan teknologi boleh bergabung membentuk masa depan.

“Selain seni tradisional, festival ini turut menonjolkan bagaimana teknologi boleh meningkatkan dan mengubah ekspresi seni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan acara bertemakan ‘Play to Dream’ di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, di sini.

Berkenaan tema ‘Play to Dream’ katanya, ia adalah sangat mendalam, mencerminkan peranan penting seni dalam membentuk landskap budaya dan memperkayakan kehidupan masyarakat.

Christina menegaskan bahawa seni berkembang melalui mimpi dan merupakan kekuatan yang melangkaui sempadan, membawa orang bersama merentas generasi, komuniti, dan latar belakang.

“Melalui festival ini, bukan sahaja menyediakan platform untuk artis tempatan mempamerkan bakat luar biasa, tetapi memberi mereka pengiktirafan dan pendedahan antarabangsa untuk mengembangkan industri seni Sabah.

“Justeru, festival ini adalah langkah penting ke arah mengangkat dunia seni kita ke peringkat global,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri menyokong usaha-usaha dalam memastikan pemeliharaan warisan seni dan memastikan evolusinya berterusan untuk generasi akan datang.

“Dengan melabur dalam pembangunan seni belia, kita membina asas kukuh untuk kelestarian dan keutuhan komuniti seni Sabah untuk tahun-tahun akan datang.

“KePKAS memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif seperti ini bagi memperkukuh warisan budaya dan menjadikan kreativiti sebagai teras identiti kita,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043887 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list