Awang Tengah memakaikan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Sharifah Hasidah pada Istiadat khas penganugerahan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan di DUN Sarawak hari ini. Gambar PENERANGAN
KUCHING: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mendahului senarai utama penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) hari ini.
Istiadat khas penganugerahan itu berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang turut diiringi isterinya, Dato Dayang Morliah Awang Daud.
Pada istiadat kali ini seramai 66 individu menerima Pingat Peringatan Jubli Intan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Sementara itu, Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan (Perak) dianugerahkan kepada empat penerima, didahului bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Sri Mortadza Nazarene diikuti Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datu Felicia Tan Ya Hua, Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak Datu Ronnie Edward, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak Datu Johnathan Lugoh, Pengerusi Zecon Datu Hamzah Drahman serta beberapa penerima lain.
Antaranya Datu Wan Alwi Dato Sri Wan Hashim, Datu Kameri Affandi, Datu Maria Hasman, Datu Sulaiman Husaini, Dato Anthony Nogeh Gumbek, Dato Dr Zaiedi Suhaili, Dato Norhyati Mohd Ismail, Dato Sulaiman Narawi, Dato Abang Shamshudin Abang Seruji, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon, Liew Jiu Ming, Robert Menua Saleh, Semawi Mohamad dan Bibiana Ng Pei Chin.
Bagi Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Gangsa) pula seramai 45 penerima dan mendahului senarai ialah Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie diikuti Datu Hasmawati Sapawi, Datu Jack Liam, Dato Georgina Apphia Ngau, Samat Junai, Caroline Cleophas Joseph, Mahra Salleh, Zainal Abidin Abdullah dan Joseph Lim Jit Sek.
Majlis tersebut turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.
|