CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23413|Reply: 0

[Sarawak] Isu papan tanda pelbagai bahasa tidak perlu diperbesar-besarkan

[Copy link]
Post time 28-11-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim menjawab soalan pemberita mengenai isu tersebut. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa isu papan tanda pelbagai bahasa tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia bukan perkara utama yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Abdul Karim menekankan bahawa keputusan pelancong untuk memilih destinasi bukan bergantung kepada papan tanda tetapi faktor seperti keselamatan, keramahan, produk pelancongan dan makanan.

“Ia (papan tanda) tidak memberi kesan besar tetapi mungkin memberi sedikit keselesaan kepada pelawat asing. Malah, pelancong yang datang ke Malaysia boleh menggunakan teknologi seperti aplikasi terjemahan, jadi ia tidak menjadi masalah besar,” jelasnya kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu terbabit di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu menambah, isu ini tertakluk kepada Undang-Undang Kecil atau ‘By-Laws’ di sesebuah tempat dan semua pihak perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jika undang-undang (‘By-Laws’) mengatakan bahasa yang wajib (digunakan pada papan tanda) adalah bahasa Malaysia, kita patuhlah. Jika undang-undang membenarkan penggunaan dwibahasa, maka kita patuh pada peraturan tersebut.

“Apa yang penting, semua pihak perlu menghormati undang-undang yang telah ditetapkan. Tidak perlu membesarkan perkara kecil seperti ini sehingga ia menjadi isu besar,” katanya.

Abdul Karim menambah, di Sarawak, penggunaan dwibahasa pada papan tanda adalah perkara biasa kerana negeri ini mempunyai dua bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Justeru menurutnya, adalah baik jika kedua-dua bahasa diletakkan pada papan tanda dengan bahasa Inggeris dipaparkan dalam saiz yang lebih kecil.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing menerusi kenyataan di Facebook, berkata penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL mencetuskan tindak balas melampau batas dan mampu mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Menurut Tiong, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

DBKL dalam satu kenyataan bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.

Ia katanya, termasuk Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang antara lain menghendaki semua iklan dalam bahasa kebangsaan dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list