View: 57830|Reply: 15
|
Australia lulus udang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial
[Copy link]
|
|
ISTANBUL: Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.
Undang-undang itu yang diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, selepas itu individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah "perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka."
Bagaimanapun, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital, untuk menilai umur mereka, menurut ABC News.
Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Parlimen pada Rabu, turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (RM144.57 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.
Seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentang.
Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 ahli parlimen yang menentang larangan itu.
Sebelum ini, Albanese berkata media sosial "menyebabkan kemudaratan sosial."
"Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka. Ini adalah reformasi penting. Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada 21 Nov.
SUMBER : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kanak2 kene nikmati zaman kanak2 |
|
|
|
|
|
|
|
kang anak speech delay baru tahu byk main phone |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat kat sini, habis merentan makpak. kalau takde henpong, siapa nak jaga anak-anak mereka, selain maid chegu pakgad sekolah jiran sebelah pejalan kaki pekerja restoran dan lain-lain, melainkan diri mereka sendiri??? |
|
|
|
|
|
|
|
bgs..i dulu kan knl hp pun masa form 5..tp masantgu result spm barubdot fon..
bdk bdk skrg umo 3 thn dh ada fon
iols pun bkn nya tua sgt..i lahir thn sthn dua sblm thn 2000...
dpt fon pun bknnya ipong terus |
|
|
|
|
|
|
|
baguslahh.patut msia buat ni |
|
|
|
|
|
|
|
tada baik la gomen kaloo mau buat sini...kita meniaga hp maaa....nanti budak kurang mau beli hp maaa |
|
|
|
|
|
|
|
Social media mmg tak bagi lah tapi lain2 kegunaan mcm YouTube and games boleh jer tapi ada pengawasan mak ayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ceq pun ok klu kat sini buat undang2 ni....cma takut ssh cari mkn ja nt #ifyouknowwhatimean |
|
|
|
|
|
|
|
Ceq pun ok klu kat sini buat undang2 ni....cma takut ssh cari mkn ja nt #ifyouknowwhatimean |
|
|
|
|
|
|
|
Tazzangka Istanbul dah pindah Australia! |
|
|
|
|
|
|
|
Well done Australia..depa ban penggunaan social media only, bukannya handphone which is sensible utk track anak2 pi mana, emergency call etc..but socmed is a no
Iols harap Msia ikut sama..ramai dah budak2 kena groomed, sextortioned, mati sebab challenge bodoh kt socmed
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu tampaknya memartabatkan bahasa melayu lebih penting ....
Buatlah Undang-Undang yang melarang rakyat Malaysia menggunakan bahasa bukan melayu dengan memberi kuasa kepda Dewan Bahasa dan Pusyaka Malaysia sebagai Polis Bahasa Melayu ...Siapapun yang melanggar patut dipenjara ...
Selain itu .. jangan lupa menginstrksikan kepada Indonesia agar merubah nama bahasa Indonesia dengan nama bahasa melayu mengingat Malaysia saat kini adalah pengasas tamadun melayu dan juga penguat kuasa alam melayu yang paling perkasa ...
Mudah-muadahan setelah adanya Undang-Undang itu .. Bahasa Melayu akan segera mendunia dan tentu saja akan merujuk Malaysia sebagai standar rujukan bahasa melayu di seluruh dunia ... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus undang2 macam ni. Semak mata tengok budak2 kecik gila smartphone. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang kita limitkan screentime tapi bila anak2 jumpa cousins, member2 diorg semua melekat dengan gajet. Taknak bagi kesian pulak dah diorg main roblox takkan anak nak tengok je. Dkt sekolah pun member2 bercerita psl main game nak main online sesama. Kita dah sekat screen time tp makpak lain jenis tak kesah. Belum dgn berebut buat vid tt nak viral fyp. Bagi salah, tak bagi serba salah juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|