SEBAHAGIAN daripada kucing baka Toyger milik Kelly.
"Pertama kali melihat Toyger, saya amat tertarik dengan corak bulu yang cantik menyerupai harimau. Saya memasang niat jadikannya sebagai haiwan peliharaan sebelum ia berjaya direalisasikan tahun lalu.
"Bermula daripada seekor Toyger yang dinamakan Zoro, kini saya memiliki sembilan Toyger yang dibeli secara berperingkat.
"Paling menggembirakan, dalam tempoh dua bulan lagi, salah seekor Toyger yang berjaya dibiakkan akan melahirkan anak," katanya.
Katanya, keunikan Toyger adalah bulunya bercorak belang warna hitam dan coklat yang berkilat secara semula jadi.
"Apabila disentuh, tekstur bulunya seakan-akan permaidani yang empuk. Apabila mempunyai masa terluang, saya suka memegang Toyger dan membelai bulunya," katanya.
Selain itu, Kelly berkata, Toyger memiliki karakter seperti kucing domestik lain seperti pintar, memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi dan suka bermain.
"Kucing ini juga suka 'melekat', akrab dan amat mengenali pemiliknya. Apabila berada di rumah, Toyger sentiasa mengekori ke mana sahaja saya pergi," katanya.
Mengulas berkenaan penjagaan Toyger, Kelly amat menitikberatkan pemilihan makanan yang sesuai dengan diet dan keperluan kucing itu.
"Bentuk badan Toyger yang sihat tidak boleh terlalu 'berisi' dan perlu tegap serta memiliki otot yang kuat. Oleh itu, setiap hari saya berikan makan kucing yang bebas bijirin dan seimbang. Kadangkala, saya turut berikan daging lembu mentah dan beberapa vitamin.
|