View: 30674|Reply: 19
|
[Tempatan]
Bangau oh bangau: kenaikan premium insuran perubatan:Bank Negara tolak kepada Kementerian Kesihatan tolak kepadaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 1-12-2024 11:28 PM
PETALING JAYA – Bank Negara dan dua kementerian dikatakan berdalih dalam soal kenaikan premium insuran perubatan yang membelenggu rakyat.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Bank Negara memberitahu bahawa kos perubatan adalah dijaga oleh Kementerian Kesihatan.
Beliau memberitahu Sinchew Daily, Kementerian Kesihatan bagaimanapun berpendapat kenaikan kos perubatan mempunyai kaitan dengan kos hidup, sekali gus menolak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Poay Tiong berkata, dalam keadaan saling berdalih itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying telah memanggil satu mesyuarat rentas kementerian untuk membincangkan isu itu.
Katanya, mesyuarat itu juga dihadiri enam Ahli Parlimen DAP termasuk beliau sendiri.
Menurutnya, hospital-hospital swasta telah mencatatkan keuntungan setiap tahun dan mereka juga diadu kerana memberi layanan berlainan untuk pesakit yang mempunyai kad perubatan dengan yang tidak mempunyai.
“Untuk pesakit yang mempunyai kad perubatan, pihak hospital akan melakukan pemeriksaan ke atas hidung dan telinga walaupun pesakit mengalami sakit mata.
“Biasanya pesakit juga akan mendengar cadangan pihak hospital untuk melakukan pemeriksaan berkenan kerana kosnya ditanggung insurans,” katanya.
Menurut Poay Tiong, syarikat insurans boleh menyelaras premium insurans berdasaran tuntutan untuk tempoh tiga tahun.
“Syarikat insurans tidak akan menjadi pihak yang rugi, kerana semuanya akan ditanggung oleh pencarum insurans.
“Oleh itu saya memberitahu Bank Negara untuk menolak permohonan kenaikan premium satu syarikat dan yang lain pun pasti akan takut untuk menaikkan harga secara sembarangan.
“Sebenarnya, premium insurans tidak perlu dinaikkan jika syarikat insurans berjaya mengawal kos,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Yeoh Bee Yin berkata, data daripada Bank Negara menunjukkan kos perubatan di Malaysia meningkat pada 12.6 peratus pada tahun lalu, berbanding peningkatan 5.6 peratus pada peringkat global.
Beliau meminta Kementerian Kesihatan meningkatkan kawalan terhadap bayaran yang dikenakan hospital swasta.
Katanya, harga yang telus harus disediakan dan ditunjukkan kepada pesakit, tidak kira sama ada mereka mempunyai kad perubatan atau tidak.
Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup perlu menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kenaikan premium insurans. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ejen insurans tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa beberapa tahun ni pun ada naik.. tetiba je dapat notis kenaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fattymah at 2-12-2024 09:05 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Insurance kompeni naikkan premium sampai 272% tapi yg disalahkan hospital.
Cam sial.
Nov 27 — Sim Tze Tzin, Member of Parliament for Bayan Baru (PKR), today urged Bank Negara Malaysia to intervene and probe the planned increase of insurance premiums, calling it excessive and bordering exploitative.
The call comes after the media reported that premiums could go up between 40 and 70 per cent next year, citing notices purportedly sent by insurance providers to policyholders that cited rising cost of medical care in private hospitals is the primary reason.
Sim said he has received dozens of complaints about the notices himself.
“We found out that after news about the planned increase surfaced many policyholders have stopped subscribing,” the PKR lawmaker said at a press conference held in Parliament this evening.
Expand article logo Continue reading
“Now they’re forced to turn to public healthcare and this could add more weight to the burden already carried by government-funded hospitals and at the end of it all the bottom 40 per cent income earners (who rely on them) are the ones that will suffer,” he added.
Complaints of insurance companies raising premiums have persisted over the last few years as private healthcare providers began to raise their service prices, which they attributed to the pandemic-induced supply chain snarl that had pushed inflation to record highs
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau pasal taiko insurans BNM mmg mcm rimau takde taring......abaikan je la,,,diorg mmg takkan buat pape...i witness sendiri dlm meeting....wakil BNM pass the baton keliling table tpi sorang puntak jawab n tak amik responsibilities..cekang betul kabelnyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
naik banyak plak tu. member aku baru dpt surat. dia kata 2 kali dah naik |
|
|
|
|
|
|
|
gangerina replied at 2-12-2024 12:18 PM
kalau pasal taiko insurans BNM mmg mcm rimau takde taring......abaikan je la,,,diorg mmg takkan buat ...
Banking pun cemgitu kazen iols cerita.. tak macam jaman gabenor sebelum ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kpj naik charge 12%.
insurance naik charge 272%.
ujung2 politaik konar salahkan sepital.
kau rasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan rakyat Msia dah sihat,senang,bahagia...sudah TUKAR pon 'masih jugok sakit tuh nya dimana mana'. |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 2-12-2024 09:45 PM
kpj naik charge 12%.
insurance naik charge 272%.
Dah perit bayar insurans medical self & anak, ejen promote suruh ambik cross hibah dengan suami.
Ayat senang je, nauzubillah jika berlaku kematian etc etc.
Da tahap dekat hidung dah segala komitmen nak dibayar.
Setakat ni mampu bertahan sebab company ada insurans medical & suami pun ade utk spouse.
Semoga kita semua bila meninggal dunia tak de la meninggalkan kesusahan dekat waris2 kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku xpaham kenapa kena ada agent insurans? Buang yg ni, harga confirm turun. Mcm MLM. Brg mahal sbb byr org tgh. Klau smua subscribe sendiri insurans, insurance gaji kan org mcm biasa utk claim insurans, mesti elok je harga |
|
|
|
|
|
|
|
gangerina replied at 2-12-2024 12:18 PM
kalau pasal taiko insurans BNM mmg mcm rimau takde taring......abaikan je la,,,diorg mmg takkan buat ...
Confirm ada portion masing2 dah tu sbb tu senyap |
|
|
|
|
|
|
|
utk org tua mcm wak kasi ni... wak kasi ingat apa berlaku tahun 1998.
Kebodohan dan kegagalan insurance kompeni to properly manage duit pelanggan dan rugi; lepastu senang2 je dia suruh policyholder sambung bayar premium satu tahun tambahan utk polisi yg sepatutnya matang tahun 1999.
kau rasa...... mmg wak kasi sampai kiamat pon takkan percaya insurance kompeni ni.
kene lak kalau tengok sejarah, in the 80s dulu the insurance kompeni ni jugak le tersontot dgn pe'el dia bayar kamsen ejen tinggi sangat. pon another scandalous debacle of how stupid malaysian insurers were. and the fruit definitely aint gonna fall far from the tree lah
|
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 2-12-2024 10:40 PM
utk org tua mcm wak kasi ni... wak kasi ingat apa berlaku tahun 1998.
Kebodohan dan kegagalan ins ...
Allahuakbar kita doa banyak2 kalau boleh memang tak nak sakit masuk hospital ni.
Kita dimomokkan dengan keselaaan hospital private, waima kerajaan pun kita tak sanggup. Takut, takut sangat dengan hospital.
Another point to agree, bayar ejen komisen yang tinggi. Zaman sekarang ejen terkinja kinja di sosial media mengejar potential client.
Cukup haul, da habis komisen, bye bye. |
|
|
|
|
|
|
|
seb baik berita2 mcm ni kuar sekarang
kalau dulu, mesti walanon2 dah berguling2 jerit sakau sakau sakau, perasuah, zalim, menindas rakyat, merompak harta kekayaan negara berbiliyon biliyon.. tapi skang ni dah hilang dah walanon2 yg bergolek2 guling2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
i doakan siapa yg sakau ni tersontot kat tangga bnm tu berguling kat roundabout depan tu...kena gelek dgn lori...
staff BNM kemain lagi ya sakan memacam aktiviti sana sini ....byk bajet ya...isu semua gantung saja...
|
|
|
|
|
|
|
|
woi insurans bayar claim pakai diesel ke? pakai beras tempatan ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|