CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21989|Reply: 1

Tunduk kuda agresif

[Copy link]
Post time 4-12-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
PENGALAMAN melatih kuda selama 10 tahun dimanfaatkan sebaik mungkin


Kuda bermasalah yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan boleh menyebabkan pemiliknya sukar menunggang dan mengendalikannya dengan baik.

Lebih membimbangkan, kuda boleh bertindak di luar kawalan dan mungkin menyebabkan kecederaan parah terhadap penunggangnya.

Perilaku kuda yang ditakuti termasuk menggigit, menendang, memijak dan mengangkat kaki depan atau belakang.

Bagi jurulatih kuda peribadi, Yasier Yahya, 34, masalah ini boleh ditangani apabila kuda melalui program yang betul.

Menerusi ilmu yang diperoleh hasil berguru di dalam negara dan Eropah serta pengalaman yang dimiliki hampir sedekad melatih pelbagai kuda banyak membantunya menangani kuda bermasalah.

Sepanjang tempoh itu, Yasier turut menyediakan perkhidmatan melatih kuda di Bota Kanan, Perak. Dia sendiri pernah terjatuh, dipijak, digigit dan ditendang. Tapi, semua itu dijadikan sebagai pengalaman berguna untuk mengenali kuda dengan lebih rapat.

YASIER (kiri) bersama idolanya, Ben Atkinson ketika berguru ilmu melatih kuda di London.
Perkara lebih menarik berkenaan Yasier adalah teknik 'liberty' yang dikuasainya sehingga kuda peliharaannya mampu mengikut arahannya seperti berbaring, menunduk dan meniarap tanpa menggunakan tali.

Yasier berkata, kuda bermasalah antara puncanya kerana tidak dilatih mengikut program yang betul sejak kecil sehingga pemiliknya berdepan kesukaran menunggang, mengurus dan mengendalikan kuda itu dengan baik.

Katanya, pengalaman melatih kuda sejak 2014 banyak membantunya menangani masalah yang dihadapi pemiliknya.

"Biasanya kuda yang dihantar ke sini berdepan masalah yang agak 'agresif' dan saya adalah pilihan terakhir mereka (pemilik kuda) selepas pelbagai usaha dilakukan.

"Alhamdulillah dalam 10 tahun pengalaman, saya sudah melatih lebih 80 kuda yang bermasalah dan berdepan pelbagai jenis kuda, banyak membantu saya memahami dan menyelesaikan masalah haiwan itu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2024 10:42 AM | Show all posts

YASIER bersama salah seekor kuda peliharaannya.

Menurutnya, kuda yang dihantar di sini menjalani latihan dengan menggunakan teknik 'horsemanship training' untuk pulih sepenuhnya.

"Kebiasaannya untuk proses terawal, kuda dijaga dengan baik termasuk memastikan tempat tinggalnya dalam keadaan baik, makanan dan minuman terjaga serta mendapat rehat secukupnya supaya ia selesa.

"Melalui proses ini juga kita dapat membina hubungan baik (bonding) dan saling memahami untuk membuatkan kuda selesa serta mudah memberikan kerjasama ketika latihan dijalankan.

"Kemudian kuda mula menjalani latihan mengikut tahap usia dan masalah yang dihadapi," katanya.

Katanya, kebiasaannya kuda akan menjalani latihan antara sebulan sehingga tiga bulan bergantung kepada masalah yang dihadapi.

"Selepas selesai menjalani proses ini, seminggu sebelum penyerahan dibuat, pemilik kuda akan dipanggil untuk cuba mengendalikan kuda bagi memastikan haiwan itu dalam keadaan baik.

"Apabila pemilik berpuas hati, baru kuda boleh dibawa balik selepas selesai bayaran kos latihan di sini," katanya.

Bagaimanapun, ada pemilik yang inginkan kudanya untuk menjalani latihan lebih lama.

"Ada yang tambah sehingga enam bulan untuk mengekalkan prestasi kuda yang sudah pulih untuk menjadi lebih bagus dan baik.

"Sebenarnya melatih kuda memerlukan masa lama, tapi di sini kami pendekkan tempoh itu supaya pemilik boleh jimatkan duit.

"Selepas kuda pulih dalam tempoh singkat, bukan bermakna pemilik perlu lepas tangan, pemilik perlu ambil alih untuk jalani latihan berterusan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038711 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list