CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66257|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penoreh getah dipenjara 15 tahun kerana sumbang mahram

[Copy link]
Post time 20-12-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


Seremban: Penoreh getah dihukum penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya berusia 11 tahun.

Tertuduh berusia 52 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh itu bermula dari tarikh tangkapan pada 31 Januari 2020 dan turut mengarahkan lelaki itu dikenakan lima kali sebatan.

"Selepas mendengar rayuan tertuduh dan fakta keterangan bagi kes ini beserta faktor pemberatan dari pihak pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh didapati bersalah.

"Tertuduh juga diarahkan menjalani pengawasan polis setahun selepas tamat hukuman dan kaunseling pemulihan dua tahun dalam tempoh hukuman berjalan," katanya.

Terdahulu, Peguam Muhamad Hafiz Leman memohon hukuman penjara minimum dikenakan terhadap anak guamnya bermula dari tarikh tangkapan dengan mengambil kira faktor umur tertuduh.

"Tertuduh berazam untuk membina hidup baharu apabila dibebaskan kelak dan menjaga ibunya," katanya.

Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dalam hujahannya memohon hukuman setimpal dan mengambil kira faktor kesalahan berat yang dilakukan tertuduh sebagai seorang bapa.

"Pengakuan salah bukan faktor peringanan, tertuduh sebagai bapa sifatnya melindungi tetapi telah mengambil kesempatan (terhadap anak) dan mohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira- kira jam 8 malam hingga 12 tengah malam antara Jun sehingga Disember 2019 di dalam bilik di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga disebat, jika sabit kesalahan.


Disiarkan pada: Disember 20, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.076590 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list