CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56748|Reply: 0

[Johor] Tiga suspek kes samun bersenjata parang direman 7 hari

[Copy link]
Post time 21-12-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Dua suspek lelaki dan teman wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh, Selasa lalu. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di Taman Sri Treh, di sini, pada Selasa lalu hingga tular di media sosial direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 27 Disember ini dikeluarkan Majisret Suzana Mokhtar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka berusia 30-an tiba di kompleks mahkamah, di sini, kira-kira 9 pagi dengan kawalan polis.

Dua suspek ditahan kira-kira 9 pagi semalam dalam sebuah kereta di tepi jalan di Sungkai, Perak.

Turut ditahan teman wanita kepada salah seorang suspek yang berada bersama mereka.

Dalam kejadian 6.20 petang Selasa lalu, sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka disamun dua lelaki bersenjata parang serta memakai pelitup muka.

Perbuatan kedua-dua suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit hingga tular di media sosial.


Disiarkan pada: Disember 21, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.345255 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list