CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33286|Reply: 0

Maut selepas telan anak ayam hidup-hidup

[Copy link]
Post time 29-12-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode


New Delhi: Seorang lelaki di India yang mencuba rawatan alternatif dalam merawat masalah kesuburan, maut selepas menelan anak ayam hidup yang dikatakan 'ubat mujarab'.

Anak ayam itu didakwa tersekat pada salur pernafasannya yang mendorong kepada kematian.

Dilaporkan, Anand Yadav, 35, dari perkampungan Chhindkalo di Ambikapur, negeri Chhattisgarh pening selepas mandi dan pengsan.

Dia segera dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia meskipun prosedur rawatan lanjut sudah dilaksana.

Pada awalnya, doktor sukar mengesahkan punca kematian sehingga bedah siasat terperinci di bahagian tekak yang menemukan anak ayam sepanjang 20 sentimeter tersangkut di saluran itu.

Pakar yang menjalankan bedah siasat, Dr Santu Bag berkata, anak ayam itu menyekat kedua-dua laluan pernafasan dan laluan makanan Yadav, menyebabkan dia sesak nafas.

Lebih mengejutkan apabila di awal penemuan, anak ayam itu masih hidup. Ia hanya mati beberapa minit kemudian.

"Ini kali pertama saya temui kes sebegini sepanjang karier, selepas lebih 15,000 bedah siasat yang saya lakukan. Penemuan ini mengejutkan kami semua," kata Bag.

Penduduk kampung yang heboh dengan kematian itu memaklumkan kepercayaan karut mungkin menyebabkan Yadav menelan anak ayam hidup itu.

Yadav dan isterinya tidak mempunyai anak selepas bertahun berkahwin yang mendorong dia menemui perawat, 'tantrik' untuk rawatan alternatif.


Disiarkan pada: Disember 29, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.411048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list