CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20102|Reply: 0

Ratusan khemah di Gaza dilanda banjir akibat hujan lebat

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:39 AM | Show all posts |Read mode

Seorang warga Palestin mengeluarkan air yang bertakung di khemah pelarian susulan hujan lebat di Deir Al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza. - REUTERS

GAZA: Ratusan khemah di kem pelarian di pelbagai lokasi di Semenanjung Gaza ditenggelami banjir malam tadi dan awal pagi Selasa akibat hujan lebat, memburukkan lagi penderitaan keluarga yang hidup dalam keadaan daif susulan pengeboman berterusan oleh tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Mangsa pelarian memaklumkan khemah mereka diterbangkan angin kencang yang melanda Gaza sejak dua hari lalu, memaksa mereka menghadapi kesejukan yang menusuk ke tulang tanpa sebarang perlindungan.



Mereka terutamanya yang berlindung di kawasan Deir al-Balah dan Mawasi Khan Yunis di selatan Gaza mengalami malam yang sukar apabila khemah masing-masing dipenuhi air hujan dan diterbangkan angin kencang.

Keadaan cuaca sejuk ini turut mengakibatkan kematian seorang bayi di Gaza akibat suhu rendah, menjadikan jumlah kematian akibat kesejukan dan ketiadaan pemanas kepada tujuh orang dalam tempoh kurang seminggu.

Pasukan penyelamat menerima ratusan panggilan kecemasan daripada mereka yang terpaksa berpindah sebelum ini untuk menyelamatkan mereka dan anak-anak yang terperangkap dalam khemah serta rumah yang musnah dan ditenggelami air.

Pasukan penyelamat menyatakan pihaknya hanya boleh membawa mereka yang terpaksa berpindah itu daripada tempat perlindungan yang rosak itu ke tempat lain yang kebanyakannya tidak sesuai untuk berlindung, dan mereka masih lagi tanpa tempat berteduh daripada hujan dan angin yang sejuknya menusuk ke tulang.

Malapetaka kemanusiaan yang kritikal memaksa kira-kira dua juta orang meninggalkan kediaman mereka sejak 7 Oktober 2023 dan tinggal di khemah usang yang tidak memenuhi keperluan asas kehidupan dan tidak mampu melindungi mereka daripada kedinginan musim sejuk selepas rumah mereka dimusnahkan oleh tentera Israel. – BERNAMA-WAFA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.195746 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list