CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20071|Reply: 0

Presiden China janji promosi keamanan dunia pada 2025

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode

Xi Jinping (kiri) dan Putin. - Foto fail AFP

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menerusi mesej Tahun Baharu 2025 kepada rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin, berjanji untuk mempromosikan keamanan dunia.

"Tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China akan tetap teguh dalam melaksanakan reformasi secara menyeluruh... dan mempromosikan keamanan dan pembangunan dunia," katanya memetik penyiar negara CCTV.



Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022, China berusaha untuk tampil sebagai pihak yang neutral, langkah berbeza berbanding Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain.

Namun, China menjadi rakan politik dan ekonomi yang rapat dengan Russia menyebabkan beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggelarkan Beijing sebagai 'penyokong' perang terbabit yang tidak pernah dikritik republik itu.

Menurut laporan CCTV, Jinping memberitahu Putin bahawa China dan Russia bergerak secara konsisten dan bersama di landasan betul tanpa berperikatan, tiada konfrontasi dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga.

Beliau berkata ia dicapai dalam situasi perubahan yang berkembang dengan cepat dan belum pernah dilihat dalam tempoh seabad, tatkala landskap antarabangsa bergolak.

Jinping turut menghargai Putin sebagai teman terbaik dan Putin pula menyifatkan Jinping sebagai rakan kongsi boleh dipercayai.

Hubungan kedua-dua pemimpin itu tetap utuh walaupun peningkatan ketegangan dengan negara Barat selama sedekad.

Tahun ini, kata Jinping menandakan ulangtahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Russia

"Ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan kedua-dua negara.

"Selepas tiga perempat abad yang penuh liku, hubungan China-Russia menjadi semakin matang dan stabil," katanya.
- AFP  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.743072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list