CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20013|Reply: 0

Barang kemas RM58 juta milik Shafira dikebas pencuri

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:50 AM | Show all posts |Read mode

Antara barangan berharga milik Shafira yang dilarikan. - Getty Images
LONDON –  Seorang pesohor media sosial bertaraf jutawan menjadi mangsa rompakan berprofil tinggi melibatkan pelbagai jenis barangan kemas bernilai £10.4 juta (RM58 juta), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Shafira Huang, merupakan pengumpul hasil seni dan duta budaya Galeri Halcyon di Bond Street London.

Shafira dan keluarganya menawarkan ganjaran lumayan kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai rompakan itu atau memulangkan barang kemas yang dicuri.

Suspek dipercayai melakukan rompakan secara bersendirian dengan memecah masuk rumah keluarga Shafira di Primrose Hill, London Utara  di antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang (waktu tempatan) pada 7 Disember lalu.

Pencuri turut melarikan beg tangan Hermes kulit buaya bernilai £150,000 (RM840,000) dan wang tunai  £15,000 (RM84,000).

Detektif Konstabel Paulo Roberts berkata: “Suspek mencuri barang kemas bernilai £10.4 juta, kebanyakannya mempunyai nilai sentimental dan unik bentuknya. Justeru, ia mudah dikenali.”

Shafira dan keluarganya menawarkan ganjaran £500,000 (RM2.8 juta) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tepat mengenai rompakan tersebut.

Mereka juga menawarkan ganjaran 10 peratus daripada nilai barangan curi yang ditemui semula, bersamaan  £1 juta (RM5.6 juta). – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056716 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list