CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4920|Reply: 5

Wanita halau balik anak-anak jiran, geram perangai kurang ajar! Tak cukup buka peti sejuk ambil makanan, siap selongkar bilik tidur

[Copy link]
Post time 8-1-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode



NIAT baik seorang ibu membenarkan anaknya mengajak rakan-rakan bermain di rumah mengundang padah kerana keadaan bertukar kucar-kacir.

Menerusi luahan wanita itu, dia tidak menyangka kanak-kanak berkenaan bersikap biadab walaupun sudah ditegur.

"Ada budak-budak datang rumah kita. Masuk je rumah, mereka terus buka peti sejuk, ambil apa-apa makanan dan terus makan.

"Kemudian mereka selongkar laci-laci yang ada, mereka panjat sofa," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tambah wanita itu, kenakalan budak-budak ini bukan sekadar di tingkat bawah, malah mereka berani untuk menerjah pula ke ruangan di tingkat atas.

"Budak-budak ni naik tingkat atas dan masuk semua bilik. Mereka minta mainan anak-anak kita, nak bawa balik. Sebagai balasan, nanti anak kita pergi rumah mereka, boleh main mainan kat rumah mereka pula.

"Kalau tak bagi mainan tu, tak boleh main apa-apa kat rumah mereka walaupun rapat. Tapi patut ke macam tu walaupun mereka hanya budak-budak," ujarnya.

Katanya lagi, tindakan dia membenarkan kanak-kanak itu masuk bermain di rumah adalah satu keputusan yang salah.

Buktinya keadaan rumah menjadi tunggang-langgang dek perbuatan mereka.

"Dah marah dan tegur tapi mereka buat tak tahu... macam saya tak wujud." - TUAN RUMAH

"Lepas mereka balik, rumah macam kena geledah dengan polis, walaupun datang tak sampai 10 minit," jelasnya.

Bukan mahu membandingkan dengan anak sendiri, tetapi dia mempersoalkan perbuatan kanak-kanak berkenaan yang memeningkan kepala.

"Anak saya tak pernah buat macam tu apabila pergi rumah orang. Tak pernah naik tingkat atas, tak pernah masuk selongkar bilik.

"Selain itu, anak juga tak pergi ke dapur untuk buka peti sejuk ambil makanan tuan rumah tanpa kebenaran. Tak selongkar laci, kecuali tempat mainan je.

"Saya terfikir, kenapa mereka begitu? Selongkar dan 'periksa' habis rumah orang sampai ke atas masuk bilik-bilik tidur, melompat atas katil dalam bilik kita, kenapa?" soalnya.

Wanita itu kemudian tampil menjawab persoalan netizen kenapa dia sebagai ibu dan tuan rumah tidak menegur rakan-rakan anaknya yang bersikap keterlaluan.

"Dah marah dan tegur tapi mereka buat tak tahu. Macam saya tak wujud, kemudian saya suruh mereka balik cepat sebab tak mahu anak ikut perangai begitu.

"Selalu saya akan elak budak-budak ni masuk ke rumah, tapi semalam terlepas. Akhirnya, suruh balik cepat-cepat sebab stres. Tak tahu la kenapa perangai begitu, mak ayah orang kaya je, berpendidikan pula tu," katanya lagi.

Sumber : mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eenhemo2 at 9-1-2025 06:56 PM

Dulu een rajin ajak anak jiran main sekali dengan anak asuhan een. Sebab dia sorang aje. Anak jiran ni 3 beradik. Yang bongsu sebaya anak asuhan. Ada sekali tu kakak sulung & adik bongsu datang main. Een ada sekali time tu sebab anak asuhan duduk atas riba een. Tup2 petang tu keluar cerita jiran cakap anak sulung dia mengadu anak asuhan een cakar anak bongsu dia. Padahal anak asuhan een ada aje atas riba een. & tak ada physical contact pun dengan anak jiran. Yang een nampak, si kakak yang dok merampas mainan dari tangan adik dia. Sejak hari tu.. een banned si kakak dr masuk rumah een. Suka benar buat cerita.

Tahun lepas si anak bongsu & anak asuhan een masuk tadika sama2. Een bagi la diorang main berdua dalam rumah sebab malas nak bawak anak asuhan keluar. Ingatkan bila sah umur 5 tahun ni, behave la sikit perangai. Anak bongsu jiran tu baling2 mainan kat rumah een. Dia campak dari sofa ke bawah. Ada few mainan yang patah. Sakit hati betul tengok. Terus een suruh dia balik rumah & sampai sekarang tak pernah ajak dia masuk rumah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 9-1-2025 06:53 PM
Dulu een rajin ajak anak jiran main sekali dengan anak asuhan een. Sebab dia sorang aje. Anak jiran  ...

Takde dah istilah budak2 tak pandai menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 16-1-2025 12:17 AM
Takde dah istilah budak2 tak pandai menipu.

I agree. Budak2 ni ada yg reti manipulate. Lagi2 makpak yg busy keje takde masa utk anak. Anak tanak pegi sekolah sbb makpak ada kat rumah, dia pun nak dok rumah sama makpak. Bila makpak suruh jugak, budak tu kata laa kat makpak dia kawan buat la, cikgu marah la. Makpak pun bodo2 caya anak, terus pi serang cikgu/serang budak2(kawan anak2 dia) kat sekolah sambil up cerita bohong anak dia kat sosial media. Anak dia pulak rupa inesen je padahal perangai mcm &!&^< ]#&=&£,@ je. Kalau 3 sekolah anak dia pergi, 3 kali jugek makpak dia DAH PERGI SEKOLAH AND SERANG CIKGU/BUDAK2. Biadab betul.

Kesian nengok cikgu2/budak2 yg kena serang dgn makpak dia, lagi2 mak. Siap nak bawak pergi legal bagai padahal bukti takde. Buat jahanam bisnes org. Mulut mcm lahanat. Moga2 in future, anak dia pulak jadi cikgu and anak org lain buat budak tu sebijik mcm dia buat kat cikgu dia.

Yg kelakar, sejenis muka tak malu, tanak pulak tukar sekolah. Nak jugak letak anak dia kat sekolah yg dia dh serang cikgu tu. Tak reti pulak minta maaf kat cikgu2/budak2 yg dh dituduh tu. Maknya sejenis perangai pick me.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 9-1-2025 06:53 PM
Dulu een rajin ajak anak jiran main sekali dengan anak asuhan een. Sebab dia sorang aje. Anak jiran  ...

Pernah jumpa budak kecik sejenis buat cerita. Benda yg tak ada, diadakan. Makpak pulak bodo2 caya ckp anak. Bermaharajalela la budak tu knowing mak dia percaya bulat2 apa yg keluar dari mulut dia. Nak tegur pun tak boleh, nak marah lagi tak boleh. Sejenis budak yg suka exagerrate, benda biasa jadi luar biasa.

U did right bila u banned si kakak dari masuk rumah u. U shud banned je the whole siblings and future siblings from masuk rumah u. Main pun tak payah kalau boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 09:12 AM | Show all posts
nasib la anak2 jiran kat umah aku ni bukan jenis main masuk rumah,walaupun diajak masuk pun masih teragak2,masing2 parent jenis susah bergaul agaknya parent da pesan awal2 kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053541 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list