CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7961|Reply: 0

Pendaki hilang ditemukan selamat selepas 13 hari

[Copy link]
Post time 9-1-2025 08:50 AM | Show all posts |Read mode

HADI Nazari. FOTO Polis NSW.

Istanbul: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemukan hidup pada Rabu semasa operasi pencarian oleh pihak berkuasa di Australia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik ABC News.

Hadi Nazari, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan yang berceranggah di New South Wales.



Menurut laporan, Nazari seorang pendaki berpengalaman, sedang mendaki bersama dua rakan di Taman Negara Kosciuszko pada 26 Dis sebelum berpisah untuk mengambil gambar.

Rakan-rakannya melaporkan kehilangan Nazari kepada pihak berkuasa pada petang itu selepas beliau tidak kembali ke tapak perkhemahan yang dijanjikan.

Polis memaklumkan yang Nazari ditemukan selepas menjerit meminta bantuan kepada pendaki lain yang kemudiannya menghubungi perkhidmatan kecemasan.

"Dia hanya mempunyai dua bar muesli dan itulah satu-satunya makanan yang dimakannya sepanjang dua minggu lalu," menurut polis.

Ketika ditemukan, polis mengesahkan yang Nazari tidak mengalami "kecederaan yang ketara."

Beliau dibawa ke hospital untuk rawatan dan bertemu semula dengan keluarganya.


Disiarkan pada: Januari 9, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.137599 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list