FOTO fail pada 27 Ogos 2024 menunjukkan pendatang tiba di Kepulauan Canary. FOTO AFP
Madrid: Pengawal pantai Sepanyol berjaya menyelamatkan bayi yang dilahirkan di atas bot kembung yang membawa pendatang ke Kepulauan Canary iaitu gugusan pulau milik Perancis di luar pantai Afrika, pada Isnin lalu.
Perkhidmatan pengawal pantai mengesahkan kejayaan misi penyelamatan berkenaan.
Katanya, sebuah bot pengawal pantai digerakkan bagi menyelamatkan ibu yang melahirkan anak di atas bot kembung yang dinaikinya bersama sekumpulan pendatang.
"Bayi yang baru lahir itu ditemukan dengan selamat bersama ibunya pada Isnin.
"Mereka adalah kumpulan terbaharu yang cuba menyeberang ke Kepulauan Canary, (tindakan) yang pernah menyaksikan ribuan orang lemas," kata pengawal pantai menerusi X.
Katanya, dua beranak terbabit dibawa dengan helikopter ke Arrecife di pulau Lanzarote.
Data rasmi bulan ini merekodkan, 46,843 pendatang tanpa izin tiba di Kepulauan Canary pada 2024 melalui Lautan Atlantik.
Disiarkan pada: Januari 9, 2025
|