CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10318|Reply: 1

30 penduduk kampung tiba-tiba jadi botak

[Copy link]
Post time 9-1-2025 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Jabatan kesihatan menghantar pakar kulit dan pakar epidemiologi ke kampung terlibat untuk melakukan siasatan. - Hindustan Times


NEW DELHI – Penduduk beberapa buah kampung di Buldhana, negeri Maharashtra panik apabila berpuluh-puluh individu secara tiba-tiba mengalami keguguran rambut sehingga botak, lapor laman berita Hindustan Times semalam.

Menurut pegawai jabatan kesihatan, seramai 30 orang mengadu mengalami rambut gugur dan botak secara tiba-tiba di kampung Kalvad, Bondgaon dan Hingna.

Pegawai kesihatan Shegaon, Dr. Deepali Bahekar memberitahu pemberita bahawa rawatan perubatan bagi mereka yang terjejas telah bermula.

“Kami telah memulakan rawatan ke atas pesakit mengikut simptom, manakala nasihat daripada pakar penjagaan kulit juga sedang diambil,” katanya.

Sampel air dari kampung-kampung terlibat juga telah dihantar untuk menjalani ujian bagi memeriksa kemungkinan berlakunya pencemaran.

Pegawai kesihatan daerah, Amol Geete berkata, dalam kebanyakan kes, jangkitan kulat pada kulit kepala menyebabkan penduduk mengalami keguguran rambut.

“Sebaik mendapat maklumat, kami menghantar pakar kulit dan pakar epidemiologi ke kampung-kampung terlibat untuk melakukan siasatan.

“Sekitar 99 peratus daripada kes menunjukkan jangkitan kulat pada kulit kepala, yang menyebabkan orang ramai mengalami keguguran rambut,” kata Amol. – AGENSI
Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:54 AM | Show all posts
Edited by silance at 9-1-2025 11:56 AM

pandemic baru? Dulu ada drama tajuk pekak sekampung. Kelakor tengok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.121010 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list