CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22563|Reply: 0

Trend bahaya: Ibu bapa China guna khidmat 'rider' hantar anak ke sekolah

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode

SEGELINTIR ibu bapa di China dilaporkan menggunakan khidmat penunggang penghantaran untuk hantar anak mereka ke sekolah. FOTO Weibo

Beijing: Trend ibu bapa China mengupah penunggang penghantaran untuk menghantar anak mereka ke sekolah mencetuskan kebimbangan dalam aspek keselamatan serta risiko jenayah lain, lapor South China Morning Post (SCMP).

Disember lalu, wanita dari Guangxi, selatan China berkongsi dalam talian, dia tidak larat bangun pada musim sejuk menyebabkannya mengupah seorang penunggang penghantaran untuk membawa anaknya ke sekolah pada 6.30 pagi.

Tinjauan SCMP mendapati, ramai ibu bapa lain turut menggunakan pendekatan sama untuk menguruskan anak mereka semasa sesi persekolahan.

Wanita bernama Zheng dari wilayah Henan di tengah China berkongsi kisahnya dalam talian, dia juga menggunakan khidmat penghantaran untuk membawa anaknya ke sekolah kerana keletihan akibat kerja

"Rumah saya sangat dekat dengan sekolah, jadi tidak salah saya gunakan penunggang penghantaran kerana mereka dari syarikat logistik terkemuka yang menerima latihan profesional.

"Penunggang itu menghantar anak saya ke sekolah dengan selamat serta memberikan saya video sebagai bukti kerjanya," katanya.

Seorang lagi ibu dari Chengdu di barat daya China berkata, dia pernah mengupah penunggang penghantaran semasa hujan lebat untuk membawa anaknya ke sekolah sekali gus bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Penunggang itu mengambil jalan pintas menaiki motosikal elektriknya dan membawa anak saya ke sekolah tepat pada masanya.

"Tetapi, saya sebenarnya berasa agak tidak senang kerana mengupah orang tidak dikenali untuk menguruskan anak bukanlah sesuatu yang digalakkan," katanya.

Seorang netizen berkata, amalan itu jika diteruskan mencetuskan risiko kepada keselamatan kanak-kanak.

"Penunggang penghantaran biasanya mengejar masa, jadi mungkin akan memecut laju dan melanggar lampu merah.

"Keadaan ini jika berlaku, tidak selamat untuk kanak-kanak yang dibawa mereka," katanya.

Seorang lagi netizen berkata, ibu bapa harus berfikir panjang kerana harga anak mereka tidak ternilai.

"Jika berlaku kemalangan atau anak hilang, siapa yang harus dipersalahkan, ibu bapa yang malas atau penunggang yang tidak bertanggungjawab?" katanya.

Peguam dari Firma Guaman Shaanxi Hengda, Zhao Liangshan, memberitahu Fengmian News, penunggang penghantaran tidak mempunyai lesen pengangkutan penumpang, menjadikan amalan itu berpotensi menyalahi undang-undang.


Disiarkan pada: Januari 9, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.524799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list