CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22574|Reply: 0

Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran hutan

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aryllis at 10-1-2025 12:08 PM


Pesawat berlepas dengan asap tebal mula menghampiri kawasan lapangan terbang di Los Angeles. - Foto AGENSI

WASHINGTON: Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.

United Press International (UPI) memetik media tempatan melaporkan penumpang yang tiba di lapangan terbang di Los Angeles dan Burbank disambut dengan keadaan berasap.

Banyak penerbangan terpaksa membatalkan perkhidmatan makanan serta minuman kerana jangkaan gelora udara yang disebabkan oleh angin kencang, menurut USA Today.

Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles tidak menjangkakan kesan ketara ke atas jadual penerbangan akibat kebakaran hutan, tetapi pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hollywood Burbank menyatakan bahawa keadaan cuaca menjejaskan penerbangan di lapangan terbang itu.


Setakat 1.45 tengah hari waktu tempatan, FlightAware melaporkan 18 peratus penerbangan di Burbank dibatalkan manakala 11 peratus lagi mengalami kelewatan.



United Airlines, American Airlines dan JetBlue adalah antara syarikat penerbangan domestik yang telah mengeluarkan pengecualian penerbangan bagi kawasan Los Angeles, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan Lapangan Terbang Burbank.

Penumpang dinasihatkan untuk menyemak maklumat penerbangan masing-masing jika mereka merancang perjalanan ke atau dari lapangan terbang di selatan California.

Kebakaran hutan itu turut menjejaskan destinasi pelancongan di selatan California.

Universal Studios dilaporkan menutup operasi Universal Studios Hollywood dan tarikan Universal CityWalk sehari akibat keadaan kebakaran dan angin kencang, lapor ABC New.

Antara tarikan popular lain yang ditutup pada hari ini adalah Six Flags Magic Mountai di Santa Clarita, taman tema Six Flags di Valencia, serta lokasi Getty Center and Villa.

Bagaimanapun, Disneyland dan Knott's Berry Farm belum mengumumkan sebarang penutupan di destinasi tarikannya.

Pelawat boleh menyemak aplikasi Disneyland untuk mendapatkan maklumat terkini jika terdapat perubahan yang mungkin menjejaskan rancangan mereka di tarikan Disneyland.

Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list