CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23366|Reply: 9

Hidup mewah, melancong luar negara rupanya banyak hutang! Hasil buat ‘content’ ciput, wanita dedah rahsia Gen Z pinjam RM50,000

[Copy link]
Post time 9-1-2025 11:06 PM | Show all posts |Read mode





DALAM kehidupan ini, tidak semua indah belaka.


Dalam era media sosial dan digital, semakin ramai dilihat mahu mengejar status dan menunjukkan kehidupan mewah.


Mereka beranggapan dengan cara itu dapat kekal relevan mengikuti trend dan menjadi perhatian para pengikut masing-masing.


Namun dalam keterujaan itu, seorang wanita tampil mendedahkan realiti segelintir individu yang terlalu taksub dengan gaya hidup mewah.


Menurutnya, ramai dilihat berharta secara luaran, tetapi hakikatnya sengek dari segi pengurusan kewangannya.


"Saya selalu perasan generasi Gen Z terutamanya remaja perempuan, hidup mereka sangat boros, sampai kita tengok pun rasa lain macam. Mereka ni usia masih muda, tapi sudah bercuti ke luar negara, merata tempat pergi.


"roduk kosmetik pula megah semuanya, itu sebab kulit mereka jadi putih mulus. Kalau soal penampilan jangan cakap la, mereka paling bergaya pemakaiannya. Kemudian aksesori lain seperti beg tangan pasti berjenama besar.


"Jadi saya terfikir, mereka ni senang betul ke buat duit? Mungkin zaman digital, buat content je dah boleh ada duit masuk, sebab itu mereka berkemampuan untuk memiliki gaya hidup yang sedemikian. Tapi ternyata saya salah.


"Apabila saya bersembang dengan kawan yang bekerja di bank, segelintir mereka tak besar mana pun pendapatan. Ramai yang berhutang keliling pinggang sehingga mencecah RM50,000. Biar betul, seram woi," ujarnya.


Tambahnya, keadaan itu membuatkannya terfikir bagaimana kumpulan anak muda ini akan melunaskan hutang-hutang mereka dengan mengamalkan gaya hidup sebegitu.


Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab mak ayah kaya. - WARGA MAYA


"Saya tak nafikan, zaman saya muda dulu pernah juga buat macam ni, ambil dua kad kredit serentak yang masing-masing hadnya RM15,000. Jadi saya berhutang RM30,000, itupun azab juga untuk saya nak langsaikan.


"Bayangkan kalau RM50,000 atau lebih, itu tak kira lagi jika mereka buat pinjaman peribadi. Saya faham ada je Gen Z yang bekerja keras dan pandai buat simpanan, tapi ramai juga yang mengamalkan gaya hidup sebegini.


"Kita yang fikirkan ni pun takut, boleh gelap masa depan," ujarnya mengakhiri luahan.








Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba turut tertanya-tanya mengenai sumber pendapatan dan kehidupan generasi Gen Z.


"Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab memang mak ayah kaya, semua harta diturunkan kepada mereka sahaja. Tak perlu pun nak bekerja keras, anggaplah mungkin rezeki mereka.


"Ataupun kalau cara 'kotor', mereka ni ada sugar daddy, dengan berbekalkan paras rupa jelita dan badan menggiurkan, dompet boleh jadi tebal sekelip mata," demikian antara komen warga maya.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kaitan dgn insta famous yg viral bg review business class aritu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:41 AM | Show all posts
ape nak jadi ni sanggup hutang
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Secara logiknya kalau bukan anak org kaya, mana mampu travel setahun entah berapa kali kalau bukan hutang. Demi lifestyle dan flex
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat hutang pakai guarantee apa? Collateral apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kad kredit pun ada. tu kalo pendapatan tinggi,  penggunaan cc 30k is nothing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2025 11:25 AM | Show all posts
nak kawinkan anak pun kena selidik kewangan bakal menantu. Silap percaturan, dengan kau2 sekali kena tanggung hutang menantu. hutang ada hasil takpe, ini tak personal loan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hadap like and comment kat socmed. baru la tinggi rating. capai taraf influenza kalau nak sambar yang ada-ada....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 03:29 PM | Show all posts
kegilaan budak2 sekarang, benda viral semua nak ikut, harga tak masuk akal pun sanggup beli biarpun berhutang..demi nak menunjuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:45 PM | Show all posts
Gen Y jugak meols rasa boleh diharap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.740352 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list