CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11136|Reply: 0

EU pantau lonjakan kes virus HMPV di China

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 10-1-2025 10:08 AM



BEIJING: Kesatuan Eropah (EU) kini sedang memantau perkembangan lonjakan penularan virus 'human metapneumovirus' (HMPV) yang sedang berlaku di wilayah utara China.

Jangkitan virus ini biasanya menyerupai selesema biasa yang mungkin termasuk batuk, demam, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, nafas berbunyi, sesak nafas dan kadang-kala ruam.

HMPV semakin mendapat perhatian kerana peningkatan kes yang dilaporkan, terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu dengan sistem imun yang lemah.

Walaupun ia tidak sepopular COVID-19, HMPV tetap boleh membawa risiko yang serius, terutama jika tidak dirawat atau dikesan awal.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC), berkata kes di seluruh Eropah bukanlah sesuatu yang luar biasa pada tahun ini, tetapi pihaknya akan terus menilai keadaan.

"ECDC terus memantau keadaan dengan kerjasama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)/EURO untuk mengumpulkan maklumat tambahan," katanya.

HMPV yang menyebabkan simptom selesema menyaksikan kes meningkat di seluruh wilayah utara China pada musim sejuk ini, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Foto dan video orang ramai yang memakai pelitup muka di hospital di China muncul di platform media sosial dan laporan tempatan membandingkan situasi dengan wabak awal COVID-19.

Sementara itu, Indonesia mula memantau penerbangan dari China dan Malaysia di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan jangkitan HMPV di seluruh rantau ini.

Mereka yang pergi ke Bali perlu mengisi borang tiga hari sebelum ketibaan ke pulau yang menyediakan rekod kesihatan penumpang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.


10 Januari, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041105 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list