CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6275|Reply: 0

Rumah sewa dah jadi reban ayam

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:36 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah sebelum disewakan (kanan) dan keadaan semasa rumah yang dijadikan reban ayam. FOTO Ihsan Youtube/Agensi

Shanghai: Seorang lelaki dari Shanghai terkejut apabila mendapati apartment yang disewakannya dua tahun lalu dijadikan reban ayam dan rosak teruk sehingga tidak boleh diperbaiki, lapor Oddity Central.

Kejadian itu diketahui baru-baru ini apabila jirannya memaklumkan terdapat bunyi pelik dan bau busuk datang daripada apartmentnya.

Disebabkan menerima sewa bulanan tepat pada masanya, lelaki itu tidak memeriksa unit berkenaan.

Namun, bulan lalu dia terkejut apabila mendapati ia penuh dengan ayam yang berkeliaran dan terbang di sekeliling rumah.

"Ia berbau. Lantai dan dinding rosak teruk. Ia memerlukan pembaikan besar dan perlu dihias semula sepenuhnya.

"Jika tidak, tiada siapa yang boleh tinggal di situ," kata pemilik rumah kepada Dianshi News.

Pemilik rumah yang namanya tidak didedahkan oleh media China itu turut mengadu sewa yang diterimanya daripada penyewa selama dua tahun tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikan.

Dia kini meminta nasihat secara dalam talian untuk menangani situasi berkenaan.

"Saya sangat sedih kerana rumah yang susah payah saya hias rosak seperti ini selepas saya sewakan buat pertama kalinya," keluh pemilik rumah itu, sambil menambah dia menghubungi polis selepas melihat keadaan rumahnya.

Salah seorang jirannya yang mahu dikenali sebagai Wu memberitahu pemberita, dia dan jirannya mengadu kepada pentadbiran bangunan mengenai bau busuk daripada apartment itu, namun apa yang dilakukan oleh penyewa hanyalah menutup tingkap rumahnya.

Dari segi undang-undang, pemilik rumah boleh membawa penyewa ke mahkamah dan menuntut pampasan untuk kerosakan besar pada hartanya, tetapi tiada jaminan mereka akan dapat memberikan pampasan.


Disiarkan pada: Januari 10, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.136243 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list