CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8028|Reply: 0

Pasangan pengantin kahwin tepi pasar borong

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:47 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan majlis perkahwinan yang berlangsung di hadapan pasar raya di Indonesia. - TikTok


JAKARTA – Perbuatan sepasang pengantin baharu di Indonesia yang melangsungkan majlis perkahwinan berhampiran sebuah pasar borong mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Wolipop semalam.

Rakaman kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @@ikba_store_banyuwangi menunjukkan majlis itu dihiasi elemen tradisional seperti daun kelapa.

Lebih mengejutkan, mereka hanya menyediakan kerusi plastik dan meja kayu buat tetamu undangan.

Selain berkonsepkan tahun 70-an, majlis persandingan juga diadakan di hadapan pasar borong, menjadikannya unik.

Rakaman itu mencatatkan lebih 309,000 tontonan bersama 11,200 tanda suka.

“Nostalgia!” kata seorang netizen.

“Senang! Kalau barang dapur habis, jalan sahaja ke pasar!” kata netizen lain. – AGENSI

10 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047213 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list