CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19055|Reply: 0

Banduan Thailand berdepan hukuman baharu kesalahan hina raja

[Copy link]
Post time 14-1-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Undang-undang lese-majeste, yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan ahli keluarganya daripada dikritik, sering dirujuk sebagai Seksyen 112 Kanun Keseksaan di Thailand. - Foto AFP

BANGKOK: Seorang lelaki warga Thailand yang sedang menjalani hukuman penjara kerana menghina institusi diraja kini berdepan tiga lagi pertuduhan baharu, kata sebuah kumpulan hak asasi.

Tahun lalu, Mongkol Thirakot, 31, dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 50 tahun atas kesalahan menghina raja berhubung hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya beberapa tahun lalu.

Hukuman itu dilaksanakan selepas Thailand meningkatkan penguatkuasaan undang-undang lese-majeste terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi, yang menurut pengkritik ia bertujuan untuk menyekat kebebasan suara daripada mereka yang tidak bersehaluan.

"Polis sudah mendakwanya dengan tiga lagi pertuduhan menghina raja atas tiga hantaran Facebook pada tahun 2022," kata Noppol Achamas dari Lawyers for Human Rights Thailand (TLHR).

Beliau memberitahu AFP bahawa Mongkol kini berdepan sekurang-kurangnya sembilan tahun lagi hukuman penjara.

Undang-undang lese-majeste, yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan ahli keluarganya daripada dikritik, sering dirujuk sebagai Seksyen 112 Kanun Keseksaan di Thailand.

Ketika Mongkol dijatuhi hukuman pada Januari tahun lalu, TLHR menyatakan bahawa ia adalah hukuman penjara terpanjang yang pernah dijatuhkan atas kesalahan menghina raja, mengatasi rekod terdahulu selama 43 tahun yang dikenakan ke atas seorang wanita pada 2021.

Mongkol, yang memiliki sebuah kedai pakaian dalam talian di utara Thailand, kini ditahan di Penjara Pusat Chiang Rai.

Menurut TLHR, Mongkol juga dikatakan sudah memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung berhubung hukuman terdahulu.

"Lebih daripada 250 aktivis didakwa di bawah undang-undang lese-majeste sejak gerakan protes pada 2020 bermula," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.755829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list