CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34615|Reply: 0

Penjual asam jawa didenda guna ‘poster pelaris’

[Copy link]
Post time 14-1-2025 11:04 PM | Show all posts |Read mode

Polis menyerbu trak pikap milik peniaga tersebut. - Ban Phue News


BANGKOK  – Seorang penjual buah asam jawa didenda 2,500 baht (RM300) kerana menggunakan poster memaparkan imej lucah bagi melariskan jualan, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Peniaga tersebut memasang poster di sekeliling trak pikapnya yang digunakan untuk menjual asam jawa di tempat letak kereta sebuah hospital di wilayah Udon Thani.

Ketika serbuan dilakukan, polis merampas beberapa poster memaparkan imej model wanita tidak berpakaian yang turut tertera slogan promosi jualan tersebut.

Turut dipaparkan adalah senarai harga dan butiran kempen cabutan bertuah untuk pelanggan tetap dengan menawarkan barangan kemas sebagai hadiah.

Polis menahan isteri penjual tersebut untuk disoal siasat, manakala lelaki itu mengaku mengambil imej eksplisit daripada internet, menyunting dan mencetak poster.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan dan dia bersedia menurunkan poster-poster tersebut sekiranya perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

Penjual itu didapati melanggar Seksyen 388 Kanun Jenayah kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai dan  boleh didenda maksimum 5,000 baht (RM650).

Dia didenda 2,500 baht dan diarahkan menurunkan semua gambar lucah tersebut. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.031966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list