CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16999|Reply: 0

7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu

[Copy link]
Post time 18-1-2025 08:50 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk kampung dihimpit oleh seekor lembu semasa cuba mengawal lembu terbabit dalam satu festival menundukkan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang, kebanyakannya penonton, maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Khamis semasa acara yang diadakan di beberapa kawasan di negeri Tamil Nadu, selatan India.

Laporan menyatakan dua ekor lembu jantan turut mati dalam insiden berasingan. Seekor lembu mati ketika acara di Pudukkottai, manakala seorang pemilik lembu dan lembunya maut di Kampung Siravayal, Daerah Sivaganga, dalam acara menjinakkan lembu.

Pegawai berkata kebanyakan kematian dan kecederaan berlaku di luar gelanggang, tempat pemilik lembu biasanya mengumpulkan lembu mereka selepas acara berlangsung di hadapan ribuan penonton. - BERNAMA-XINHUA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list