CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17979|Reply: 0

Maghribi gesa gencatan senjata Gaza dihormati, tuntut proses damai sebenar

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Rakyat Palestin menarik sisa tangki plastik yang musnah berhampiran bangunan runtuh di sebuah kem di Bureij, tengah Semenanjung Gaza. - Foto AFP

RABAT: Maghribi menggesa perjanjian gencatan senjata di Gaza dihormati sepenuhnya, dengan menegaskan bahawa ia harus membuka jalan kepada proses damai yang sebenar serta penubuhan Negara Palestin berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Agensi berita Maghribi (MAP) melaporkan Raja Mohammed VI, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds memuji usaha untuk menamatkan keganasan yang berterusan.



"Kerajaan Maghribi menggesa semua pihak Palestin dan Israel untuk memberikan peluang kepada perdamaian dan menunjukkan komitmen yang tulus dan konstruktif, jauh daripada sebarang pertimbangan jangka pendek atau oportunistik," kata Kementerian Luar Maghribi dalam satu kenyataan.

Maghribi berharap perjanjian ini dapat menghentikan serangan terhadap orang awam, kepulangan mereka yang hilang tempat tinggal dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan yang mencukupi.

Perjanjian gencatan senjata yang melibatkan tiga fasa dengan pengantaraan Mesir, Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, dijadualkan berkuatkuasa pada 19 Jan dan bertujuan untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama 15 bulan di Gaza. – BERNAMA-MAP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.248432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list