CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15809|Reply: 0

Bulan madu 'hancur'

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:12 AM | Show all posts |Read mode

Keterangan Gambar:ANTHONY Williams (kanan) memfailkan saman terhadap syarikat penerbanga kerana mendakwanya memperdagangkan isterinya, Shasholka (kiri). FOTO Agensi

Florida: Bekas polis yang baru berkahwin memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat penerbangan kerana merosakkan bulan madunya selepas mendakwanya memerdagangkan pengantin perempuan ketika penerbangan mereka.

Mirror UK melaporkan, Anthony Williams, 63, ditahan ketika mengembara bersama isterinya, warga Rusia Katsiaryna Shasholka, 34.

Kedua-duanya tersenyum untuk bergambar selepas menaiki penerbangan American Airlines AA2408 dari Phoenix ke Miami untuk bercuti selepas perkahwinan mereka namun dibiarkan tanpa hala tuju selepas ditahan ketika tiba di destinasi mereka.

Menurut tuntutan mahkamah, rakan penumpang mengesyaki Shasholka diperdagangkan dan melaporkan kebimbangannya kepada anak kapal, yang memaklumkan penguatkuasaan undang-undang di Florida tanpa perlu menyoal siasat pasangan itu.

Bekas pegawai polis itu menyaman syarikat penerbangan itu atas tuduhan keji yang dibuat terhadapnya kerana isu perkauman.

Kesalahan pemerdagangan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dalam tuntutan saman itu, Williams mendakwa dipenjara secara palsu oleh kakitangan American Airlines yang mengiringi mereka keluar dari pesawat dengan mengatakan mereka terpaksa menunggu dengan keliru dan malu apabila penumpang lain turun dan berjalan di sebelah mereka.

Menurut US Mirror, pasangan itu kemudiannya ditahan dan disoal siasat oleh pegawai polis Miami-Dade.

Akhbar itu mendedahkan disebabkan kejadian ini, pasangan itu sakit dan mengalami penderitaan mental, sukar tidur, paranoia, serangan panik, ketakutan, kebimbangan selain menanggung malu.

"Tiada apa-apa dalam interaksi kami sepanjang penerbangan yang menunjukkan seseorang yang ditahan di luar kehendak mereka.

"Kami hanya dua orang yang berseronok," kata Williams kepada Independent.

Williams dan Shasholka menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan melebihi AS$ 75,000 (kira-kira RM337,800) daripada American Airlines, anak kapal, dan individu yang membuat aduan terhadapnya.

Mereka mendakwa ia adalah pampasan untuk diskriminasi kaum, pemenjaraan palsu, sengaja menimbulkan tekanan emosi dan kecuaian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.147980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list