CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17253|Reply: 0

Ikan tilapia miliki bibir besar seperti selebriti

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:20 AM | Show all posts |Read mode

SEEKOR ikan tilapia memiliki bibir besar seperti selebriti wanita. - Foto NewsFlare


BANGKOK  – Seekor ikan tilapia yang mempunyai bibir besar seperti selebriti wanita ditangkap di Nakhon Thailand, menyebabkan nelayan tempatan terkejut, lapor portal berita MailOnline.

Ikan itu dinaikkan oleh sekumpulan pemancing pada 9 Januari lalu.


Seorang pemancing itu berkata, dia dan rakan-rakannya sangat terkejut kerana tidak pernah melihat ikan seperti  itu sebelumnya.

“Kami memutuskan untuk melepaskan ikan tersebut semula ke dalam air,” katanya.

Menurut pemancing berkenaan, ikan itu mengingatkannya kepada beberapa selebriti wanita yang menghabiskan banyak wang untuk membesarkan bibir mereka.

“Ikan ini mendapat rawatan kosmetik secara percuma. Ikan ini  tidak memerlukan klinik seperti selebriti Amerika,” ujarnya.

Kualiti air yang buruk, termasuk paras tinggi ammonia atau nitrit  boleh memberi tekanan kepada ikan, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan ciri abnormal seperti bengkak pada  bibir. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.210513 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list