CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6845|Reply: 0

[Kedah] Persembahan Ella bantu tarik orang ramai sumbang sehingga RM150,000

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Persembahan Ella bantu tarik orang ramai sumbang sehingga RM150,000

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




PERSEMBAHAN Ella sempena majlis makan malam anjuran Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia di Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: Persembahan memukau penyanyi Ella membantu menarik orang ramai untuk menghulurkan sumbangan amal sempena majlis makan malam anjuran Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan mengutip RM150,000 melalui jualan meja.

Pengerusinya, Natipah Abu berkata, hasil jualan meja itu akan digunakan untuk pengurusan di Kompleks Pertubuhan Jariah Qaseh di Sungai Petani.

"Setiap meja dijual pada harga RM3,000. Kutipan keseluruhan akan digunakan untuk membina surau, rumah untuk warga emas serta orang kurang upaya (OKU) lelaki.

"Pada majlis ini, kita turut menjemput Ella dan Nizam Laksamana sebagai artis jemputan," katanya.

Natipah berkata, pertubuhan itu ditubuhkan sejak 2019 dan setakat ini mempunyai Rumah Qaseh Ayah di Merbok, Rumah Anak Yatim Perempuan Jariah Qaseh di Sungai Petani dan tiga buah rumah mengaji di sekitar kawasan perumahan kos rendah di daerah itu yang mana semuanya disediakan secara percuma.



Disiarkan pada: Januari 19, 2025 @ 2:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178332/persembahan-ella-bantu-tarik-orang-ramai-sumbang-sehingga-rm150000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.515714 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list