CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23867|Reply: 0

[Kedah] Lelaki cedera dihentam tayar lori tercabut

[Copy link]
Post time 21-1-2025 01:29 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki cedera dihentam tayar lori tercabut

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




LELAKI yang cedera selepas terkena tayar lori tercabut di Simpang Kuala, Sungai Daun. FOTO Ihsan Pembaca





Yan: Seorang lelaki cedera di kaki dan paha selepas dihentam tayar lori yang tercabut dalam kejadian di Simpang Kuala, Sungai Daun, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Musa Rabien berkata, mangsa berusia 45 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

"Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 1 tengah hari tadi ketika mangsa berada di bahagian belakang bonet kereta Proton Iswara miliknya di bahu jalan di kawasan kejadian.

"Pada masa sama, lori Hino membawa muatan sekam padi dari arah Batas Paip ke Yan yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba satu daripada tayar di belakang lori itu tercabut dan bergolek ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Musa, akibat jarak yang dekat, mangsa tidak sempat mengelak sebelum tayar berkenaan terkena pada bahagian kaki dan paha mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan.

"Pemandu lori berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ditahan untuk dirakam keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Disiarkan pada: Januari 20, 2025 @ 11:12pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178823/lelaki-cedera-dihentam-tayar-lori-tercabut




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.163564 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list