CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10383|Reply: 0

[Kedah] Dendam punca warga emas, anak angkat dibunuh

[Copy link]
Post time 22-1-2025 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Dendam punca warga emas, anak angkat dibunuh

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




FISOL bercakap pada sidang media mengenai kejayaan tangkapan kes kebakaran yang mengorbankan dua orang di Tongkang Yard, Alor Setar. FOTO Wan Nabil Nasir.





Alor Setar: Kebakaran yang mengorbankan lelaki warga emas dan anak angkatnya di sebuah rumah di Tongkang Yard, di sini, semalam kini diklasifikasikan sebagai jenayah bunuh.

Ia selepas polis menahan lima suspek termasuk anak saudara mangsa yang juga suspek utama, beberapa jam selepas kebakaran yang menyebabkan dua mangsa rentung.

Kesemuasuspek yang ditahanberusia antara 19 hingga 53 tahun termasuk seorang daripadanya lelaki warga Myanmar yang turut menghuni rumah itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar menahan suspek antara 10 pagi hingga 2 petang semalam, iaitu kurang 24 jam selepas kejadian.

"Semakan lanjut mendapati tiga daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kesalahan dadah dan jenayah.

"Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati lima daripada tiga suspek yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Fisol berkata, polis menahan kesemua suspek berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa sehari sebelum kejadian, selain penemuan minyak petrol dilokasi kejadian.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala kedua-dua mangsa berusia 61 dan 23 tahun sudah dikenal pasti identitinya.

"Ketika kejadian mereka sedang tidur dalam bilik tingkat atas rumah separa kekal itu," katanya yang memaklumkan siasatan mendapati terdapat bau petrol dan botol mineral yang mengandungi separuh bahan api itu di tempat kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, mangsa sempat menarik semula laporan polis dibuat terhadap suspek utama (anak saudaranya) kerana mencuri telefon bimbit.

"Punca kejadian dipercayai dendam, namun siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.

Menurutnya, tiga daripadanya suspek dipercayai terbabit secara langsung dalam kejadian itu dengan salah seorangnya membantu menyerahkan kunci pendua rumah kepada suspek utama.

"Kelima-lima mereka kini direman sehingga 27 Januari ini bagi melengkapkan siasatan. Tiga suspek utama juga positif dadah dan dua daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.

Semalam dilaporkan warga emas dikenali Ibrahim Mydin, 61, dan anak angkatnya, Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, ditemukan rentung dalam kebakaran rumah. Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian pada 6.57 pagi.



Disiarkan pada: Januari 22, 2025 @ 6:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1179524/dendam-punca-warga-emas-anak-angkat-dibunuh




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list