CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10572|Reply: 0

31,000 pindah, kebakaran besar baharu ancam Los Angeles

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah helikopter menggugurkan bom air ketika api Hughes semakin merebak di utara Los Angeles kelmarin. - AFP


SACRAMENTO, CALIFORNIA – Berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa berpindah selepas  satu kebakaran hutan baharu tercetus dan merebak pantas di utara Los Angeles, negeri California, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dinamakan Kebakaran Hughes, api marak dan merebak di lereng bukit berhampiran Tasik Castaic, kira-kira 72.44 kilometer ke barat laut bandar raya Los Angeles petang semalam.

Kebakaran di luar kawalan itu merebak pantas sehingga meliputi kawasan lebih 3,804.04 hektar dalam masa hanya beberapa jam berikutan angin kencang dan cuaca kering.

Meskipun belum ada kerosakan pada rumah penduduk dan premis perniagaan, seramai 31,000 penduduk diarah berpindah untuk menyelamatkan diri, manakala lebuh raya utama di sepanjang Pantai Barat AS dari Mexico ke Kanada ditutup.

Kebakaran baharu itu bergerak ke utara di mana dua kebakaran besar sedia ada masih ‘mengganas’ sehingga memusnahkan beberapa bandar serta kejiranan lain di Los Angeles awal bulan ini.

“Dua kebakaran tersebut merebak lebih jauh ke selatan berhampiran San Diego dan Oceanside.


“Kebakaran Lilac dekat Oceanside memusnahkan kawasan seluas 34.39 hektar, manakala kebakaran Bernado mengakibatkan kira-kira 1.57 hektar tanah hangus,” kata seorang pegawai tempatan.

Satu klip video memaparkan kawasan pergunungan yang dijilat api ketika pesawat menggugurkan bom air.

Angin di lokasi kejadian bertiup pada kelajuan antara 32.18 hingga 48.28 kilometer sejam. Tiupan angin dijangka meningkat sepanjang hari yang mendorong api menjadi semakin semakin besar sekaligus menyukarkan pasukan bomba udara memadamkan kebakaran.

Syarif Daerah Los Angeles, Robert Luna berkata, kira-kira 31,000 orang dikenakan arahan berpindah mandatori, manakala 23,000 lagi diberi amaran untuk berpindah.

“Sebuah penjara di kawasan tersebut sedang berusaha memindahkan hampir 500 banduan,” tambahnya. – AGENSI

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.681257 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list