CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16681|Reply: 0

SFA Singapura rampas 860 kg sayuran import secara haram di Tuas

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:31 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas kira-kira 860 kilogram sayuran segar yang diimport secara haram dari Malaysia dalam satu operasi bersama terhadap lori penghantaran di Pusat Pemeriksaan Tuas semalam.

Semasa operasi itu, pegawai daripada Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan percanggahan dalam butiran yang diangkut sebuah lori dan merujuknya kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk pemeriksaan lanjut.

"SFA mendapati terdapat sayuran yang tidak diisytiharkan dan diisytiharkan kurang, seperti sawi, salad romaine dan daun pudina yang diimport oleh lima pengimport dalam lori itu. Semua hasil import haram dirampas," menurut kenyataan bersama ICA dan SFA pada Khamis.

SFA sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Di Singapura, import makanan mesti mematuhi syarat yang ditetapkan SFA.

Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap butiran perlu diisytiharkan serta disertakan permit import yang sah.

Mereka yang didapati bersalah mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 dan/atau penjara sehingga tiga tahun.

BERNAMA - Januari 23, 2025


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.838626 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list