CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5690|Reply: 2

Perlu Panduan Untuk Membuka Taska Dalam Kawasan Perumahan Berpagar

[Copy link]
Post time 22-4-2011 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Hi,
Saya seorang yang masih bekerja, berminat untuk menceburi bidang taska..Taska yang ingin saya tawarkan ialah yang mempunyai servis eksklusif seperti urutan bagi bayi, pengurusan untuk bayi yang menggunakan 'express breastmilk' (ebm) dan 'cloth diaper' (CD) serta nisbah pengasuh dan bayi yang rendah iaitu sekitar 1:2. Oleh itu, harga untuk servis ini adalah amat tinggi untuk jika dibandingkan dengan taska kebiasaannya.

Masalah saya sekarang ialah saya ingin mencadangkan utuk membuka taska di dalam kawasan perumahan saya yang mempunyai  'guard' dan di dalam 'gated area'. Ini bermaksud, orang luar tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke taska yang bakal saya buka. (Q1: Adakah betul orang dari luar tidak boleh hantar anak mereka?)

Sementelahan kawasan perumahan saya agak baru dan tidak mempunyai tidak mempunyai kemudahan taska, bagaimanakah cara untuk saya memohon kelulusan daripada pihak pengurusan perumahan untuk membuka taska?(Q2: Memang kebiasaannya akan diluluskan ke x?)

Rumah yang saya berminat untuk sewa sebagai taska adalah 'corner lot' tetapi tidak mempunyai tamgga keselamatan bahagian atas. (Q3: Kalau pemilik rumah memberikan keizinan untuk membina tangga, adakah kosnya ditanggung oleh saya atau pemilik?)

Jumlah penduduk di kawasan saya berdasarkan jumlah rumah ialah 94 buah rumah. Tetapi yang rumah yang didiami hanyalah separuh dari jumlah itu. Akhir tahun ini kondominium di dalam kawasan perumahan saya akan siap, akan tetapi saya tidak menjangkakan setiap rumah akan didiami terus memandangkan kebanyakan yang membeli rumah di situ hanya bertujuan 'menambah aset'. (Q4: Dengan jumlah penduduk yang sedemikian, sewa rumah RM1800, nisbah pengasuh dan bayi 1:2, jumlah pengasuh seramai 4 orang sahaja sbg permulaan, berapakah anggaran caj yang perlu dikenakan ke atas setiap  bayi?)

TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 06:14 PM | Show all posts
Terperinci juga soalan akak ni... hehehe saya cuba jawab berdasarkan pemerhatian saya ek... walaupun diluar kepakaran saya.
(Q1: Adakah betul orang dari luar tidak boleh hantar anak mereka?)
Boleh kak. Akak hanya perlu deal dengan pihak keselamatan kawasan perumahan tersebut. Terdapat satu Taska di Bukit Rahman Putra yang membenarkan orang luar menghantarnya anaknya ke taska tersebut

(Q2: Memang kebiasaannya akan diluluskan ke x?)
Boleh lulus. Kena pandai bicara hehehe. Tapi tetap mengambil masa. Kalau JKM tu kadang2 sukar sikit. Kawan saya ada lebih dari lima nursery...  dah bertahun dia buka tapi still tak semua mendapat kelulusan dari JKM. Sekiranya di persoalkan, dia akan tunjuk yang permohonan dalam proses

(Q3: Kalau pemilik rumah memberikan keizinan untuk membina tangga, adakah kosnya ditanggung oleh saya atau pemilik?)
Tentulah kosnya akak tanggung. Sebab akak yang nak buat. Kecualilah Tuan Rumah tu baik hati hehehe. Semak dengan pihak Majlis untuk sebarang pengubahsuaian yea

(Q4: Dengan jumlah penduduk yang sedemikian, sewa rumah RM1800, nisbah pengasuh dan bayi 1:2, jumlah pengasuh seramai 4 orang sahaja sbg permulaan, berapakah anggaran caj yang perlu dikenakan ke atas setiap  bayi?)
Payah nak jawab soalan ni kak. Akak sahaja yang tahu semua kosnya. Tapi untuk nisbah 1:2 tak relevan lah kak... rugi. Kalau 1:5 okay hehehe

Okay ker jawapan saya ni...
Ini pendapat peribadi yea..
hehehe kasi up balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 22-4-2011 18:21

Untuk more info akak klik link di bawah ni
http://forum.cari.com.my/viewthr ... 597&highlight=taska

akak boleh survey pasaran...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072874 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list