CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3144|Reply: 0

[Sabah] Sabah miliki potensi besar dalam bidang aero-angkasa

[Copy link]
Post time 27-1-2025 02:35 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Arifin melawat ke tapak pameran yang dibuka kepada orang ramai sempena Mobile Exhibition 'Experiencing Science: Enlightening Innovation' yang diadakan di Dewan Kesenian Islam.
# Sebuah pusat angkasa pertama di Malaysia, Asia Tenggara dijangka diwujudkan di Sabah

MEMBAKUT: Sabah mempunyai kedudukan yang strategik bagi melancarkan satelit dan kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Pusat Angkasa di sini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.


Mengulas lanjut, Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata perkara itu kini dalam proses kajian oleh pihak dilantik dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.


"Pusat Angkasa ini ketika ini dalam kajian membabitkan pelbagai aspek mengikut keperluan ditetapkan dan kita menunggu keputusan akhir kajian, selepas itu akan dibawa ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) untuk dimurnikan.


"Kemudian kita akan kemukakan hasil kajian ini ke Kabinet Sabah untuk ulasan dan pertimbangan dalam tahun ini, sebelum dibawa ke kementerian bertanggungjawab di peringkat pusat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mobile Exhibition 'Experiencing Science: Enlightening Innovation' yang diadakan di Dewan Kesenian Islam, baru-baru ini.


Hadir sama Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.


Tambahan itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu sekiranya perkara itu direalisasikan, Pusat Angkasa itu nanti bakal menjadi yang pertama bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat Asean.


Jelasnya, pusat berkenaan juga akan terlibat dalam pelbagai bidang aero-angkasa antaranya logistik dan pemasangan satelit membabitkan lebih 300 produk berasaskan industri angkasa.


Pada masa sama katanya, Pusat Angkasa itu dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri angkasa khususnya kepada anak tempatan.


"Pusat Angkasa ini berfungsi sebagai tempat melancarkan roket satelit, bukannya mahu naik ke bulan, justeru ini adalah industri besar malah lebih besar daripada sektor minyak dan gas.


"Sudah tentu industri ini akan buka peluang pekerjaan khususnya di kalangan anak-anak tempatan termasuk perniagaan, sewajarnya kita ambil peluang ini dengan memperkasa bidang sains dan teknologi di Sabah," katanya.




ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada perasmian Mobile Exhibition 'Experiencing Science: Enlightening Innovation' yang diadakan di Dewan Kesenian Islam.

Sementara itu, Mohd Hanafiah memberitahu, Sabah dipilih untuk kajian bagi pusat pelancaran satelit kerana kedudukannya strategik dan dekat dengan garisan khatulistiwa yang menjadi aspek penting bagi pelancaran satelit.

Katanya, potensi khas dimiliki itu menjadikan kos pelancaran satelit di Sabah jauh lebih murah seterusnya akan menjana pendapatan pasif yang amat besar kepada negeri.

"Landasan ini memang banyak malah lokasi baharu juga banyak di seluruh dunia namun tidak dapat saingi keistimewaan lokasi di Sabah yang strategik, dekat dan kos operasi yang jauh lebih murah," katanya.

Tambah Mohd Hanafiah, pihaknya juga bercadang membina Taman Perindustrian Aero-Angkasa bagi memenuhi semua keperluan dalam bidang pelancaran satelit, jika projek itu direalisasikan.

Ini kerana katanya, selain menjadi lokasi pelancaran satelit, ia turut memberi sumber pendapatan kepada banyak industri seperti bidang logistik bagi pengangkutan material satelit.

"Dalam lima tahun pertama, banyak keperluan untuk menyempurnakan landasan pelancaran antaranya logistik kapal laut pengangkut untuk membawa sebarang material satelit.

"Selepas itu, kita akan buat rangkaian macam Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang kita panggil Taman Perindustrian Aero-Angkasa bagi memenuhi semua keperluan ekosistem dalam industri angkasa," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/01/25/sabah-miliki-potensi-besar-dalam-bidang-aero-angkasa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040203 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list