CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing ditahan disyaki rogol kanak-kanak

[Copy link]
Post time 27-1-2025 02:39 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek berjaya ditahan di kawasan ladang di Kalabakan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol bekas anak tirinya yang baru berusia sembilan tahun di sebuah kawasan ladang di Kalabakan, pada Jumaat.

Suspek berusia 32 tahun turut mengancam mencederakan dan membunuh mangsa sekiranya bekas isterinya cuba membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita iaitu ibu mangsa kira-kira jam 10.15 pagi.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan menjalankan operasi di sebuah bangunan ladang di kawasan Kalabakan dan memberkas suspek kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah melakukan jenayah seksual terhadap mangsa sejak beberapa bulan yang lalu.

“Suspek turut mengancam bekas isterinya akan mencederakan dan membunuh mangsa sekiranya cuba melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa sebelum ini telah dijaga oleh bapa tirinya dan menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 20 Januari lepas di rumahnya.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Sementara itu, Jasmin berkata orang ramai diminta supaya sentiasa peka terhadap isu keganasan domestik dan penderaan terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai juga turut digesa jika mempunyai maklumat mengenai jenayah seperti ini agar segera melaporkan kepada pihak polis,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061220 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list