JEFFERY
SANDAKAN: Tahun Baharu Cina 2025 adalah lebih daripada sekadar sambutan atau perayaan ia adalah refleksi tentang pengajaran pada masa lalu dan impian untuk masa depan.
Pengerusi Parti Impian Sabah Bahagian Elopura, Jeffery Chung Cheong Yung berkata, dalam semangat perpaduan dan kesatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang turut sama meraikan perayaan ini, menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keharmonian.
"Semoga setiap daripada kita dapat menyambut Tahun Ular dengan semangat positif dan hati yang lapang serta terbuka.
"Marilah bersama-sama mulakan lembaran baharu yang penuh dengan peluang dan kejayaan, sekali gus menjadikan setiap impian mencapai kenyataan," katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2025, hari ini.
Beliau berkata, Tahun Baharu Cina merupakan salah satu perayaan yang sangat penting dan penuh makna bagi masyarakat berbangsa Cina di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Setiap tahun katanya, perayaan itu disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kejayaan merayakan permulaan baru dalam kalendar Qamari Cina.
"Pada 2025, seluruh dunia termasuk Malaysia akan merayakan Tahun Ular pada 29 Januari yang menandakan permulaan kitaran baharu yang penuh harapan dan peluang untuk mengapai impian.
"Saya bersama seluruh Ahli Jawatan Kuasa Parti Impian Sabah Bahagian Elopura mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat di negara ini, khususnya Sabah serta Elopura," katanya.
|