CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3166|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan negeri tepati janji bantu penghuni RPTA

[Copy link]
Post time 27-1-2025 02:52 PM | Show all posts |Read mode


JOACHIM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sudah menepati janjinya untuk memberi penempatan kepada penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru (RPTA) yang terkesan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata semua penghuni RPTA yang layak telah ditawarkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Kebanyakan penghuni RPTA juga telah memberi kerjasama untuk berpindah kerana memahami keadaan dan tujuan sebenar kerajaan.

“Namun, ada segelintir penghuni yang masih berkeras tidak mahu meninggalkan RPTA kerana mereka menerima maklumat tidak tepat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah mengeluarkan notis bahawa bangunan RPTA tidak selamat untuk diduduki pada Mei 2021.

Katanya, ia adalah pemakluman awal untuk penghuni-penghuni supaya bersedia mencari tempat tinggal yang lain walaupun tiada tarikh akhir pengosongan ditetapkan.

“Keputusan mengosongkan bangunan RPTA adalah kerana bangunan itu sudah mencecah lebih 50 tahun dan terlalu usang selain tidak lagi selamat untuk penghuni.

“Kos penyenggaraan dan pembaikan pula dilihat memakan belanja yang jauh lebih besar daripada bayaran sewa kerana ada penghuni yang tidak membayar sewa.

“Tunggakan RPTA setakat Disember 2024 adalah sebanyak RM236,585 dan menyebabkan LPPB terus mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Joachim berkata, pihaknya memahami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong prihatin dengan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni RPTA.

“Kami meminta kerjasama Junz Wong membantu kerajaan menangani masalah ini dengan mendapatkan rumah alternatif kepada penyewa RPTA.

“Junz Wong juga diminta supaya menasihatkan penghuni RPTA supaya berpindah bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sudah membantu penyewa yang layak mendapatkan rumah PPR, termasuk melalui LPPB, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan lain-lain.

“Justeru, saya berharap penghuni RPTA memberi kerjasama kepada pihak LPPB supaya mengosongkan dan menyerahkan semula rumah berkenaan secara baik secepat mungkin,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033849 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list