CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2836|Reply: 0

[Sarawak] 100 ahli Perguruan Muntat Gamang berhimpun, laksana upacara ‘Miring Niat’

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Ahli-ahli Perguruan Muntat Gamang ketika melaksanakan upacara ‘Miring Niat' dan memohon hajat di Sibu.

SIBU: Lebih kurang 100 orang ahli Perguruan Muntat Gamang telah berhimpun di Taman Jubilee Bukit Aup di sini baru-baru ini bagi melaksanakan upacara 'Miring Niat' dan memohon hajat masing-masing.

Acara yang penuh makna ini diadakan dengan tujuan meminta kepada 'Petara' agar segala hajat yang dimiliki oleh setiap ahli dimakbulkan.

Menurut Mahaguru Muntat Gamang Ugik Jalit, setiap ahli hadir dengan niat yang baik dan berhajat untuk mendapatkan keberkatan serta restu.

"Kita membawa niat yang baik, berhajat baik, dan memohon kepada 'Petara' agar segala permohonan dan hajat yang dimiliki oleh setiap ahli dimakbulkan.


Ugik (duduk tengah) menyaksikan ahli-ahlinya melaksanakan upacara Miring Niat' dan memohon hajat di Sibu.

"Dalam acara ini, setiap ahli diberi peluang untuk melakukan upacara 'Miring' secara individu,” ujarnya di sini, hari ini.

Antara doa yang dipanjatkan oleh peserta adalah agar ahli Perguruan Muntat Gamang dapat bersatu, berkembang dengan lebih luas, serta memperkukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli, tanpa mengira latar belakang kaum.

"Kami berharap perguruan ini terus berkembang dan mampu menyatukan pelbagai kaum serta membina ikatan persaudaraan yang kukuh di bawah nama Perguruan Muntat Gamang,” tambah beliau.

Acara tersebut turut menyentuh kepercayaan ahli terhadap simbolisme "Piring dan Taburan Beras Kuning" yang menjadi amalan tradisi dalam Perguruan Muntat Gamang.

Ahli diajar untuk sentiasa mengingati sumpah dan perjanjian yang telah dimeterai sejak dahulu.

Pada majlis tersebut juga, diumumkan bahawa Perguruan Muntat Gamang akan membuka cawangan baharu di Serian pada bulan Mac 2025.

Jika tiada halangan, perjumpaan ahli perguruan ini akan diadakan di sana dalam masa terdekat.

"Kami berdoa semoga segala urusan berjalan lancar dan segala usaha kami dalam menyatukan ahli dapat tercapai," kata Ugik.

Sementara itu, Perguruan Muntat Gamang turut mengharapkan kelancaran pembukaan semula MG24 (Muntat Gamang 24) di Miri pada 15 Februari ini.

"Diharapkan acara tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan memberi impak positif terhadap perkembangan perguruan," tambahnya

Dengan segala harapan dan doa yang dipanjatkan, ahli Perguruan Muntat Gamang berazam untuk terus memperkukuh keharmonian serta persaudaraan dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.


Ugik (barisan depan, duduk tengah) bersama ahli-ahlinya semasa mengadakan upacara 'Miring Niat' dan memohon hajat di Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042939 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list