CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2590|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa kebakaran Rumah Beji Utek terima bantuan daripada JKM, APM

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:30 PM | Show all posts |Read mode


Anggota APM, JKM dan Bomba semasa menyerahkan barang bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Beji.

BINTULU: Sebanyak 10 set bantuan makanan kering dan keperluan asas seperti selimut, tilam dan bantal diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu kepada mangsa kebakaran Rumah Beji Utek di Sungai Kelabat, Pandan, Sebauh pada Jumaat.

Selain itu, 10 set Kit Makanan Permulaan (KMP) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga diserahkan kepada mangsa kebakaran tersebut.

Sumbangan makanan dan keperluan asas JKM serta KMP telah diserahkan oleh Leftenan (PA) Walter Kajan dan pihak JKM kepada Tuai Rumah Beji Utek yang mewakil para penerima.

Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, setakat jam 12.30 tengah hari Jumaat jumlah mangsa yang dapat dikenal pasti secara kasar adalah seramai 70 orang melibatkan 11 ketua isi rumah.

"Pengumpulan data terperinci penduduk belum dapat dilaksanakan berikutan sebilangan penduduk tidak berada di lokasi semasa lawatan," katanya pada Jumaat.


Bantuan diserahkan kepada mangsa kebakaran Rumah Beji.

Beliau berkata, pihak JKM menasihati penduduk terlibat berkumpul segera secara serentak bagi mengelak keciciran.

Jelasnya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka memandangkan mangsa menumpang di rumah saudara-mara di kampung berdekatan dan sebilangannya ke bandar Bintulu.

Ujarnya, maklumat sedang dikemas kini oleh tuai rumah dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu katanya, pasukan APM Sebauh menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran Rumah Beji Utek pada jam 11.50 malam Khamis yang mana 10 bilik dari 11 pintu rumah panjang tersebut musnah sepenuhnya.

Mohd Johari berkata, tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dan menurut tuai rumah kebakaran bermula pada jam 10.15 malam dan terkawal pada jam 2.30 pagi dengan panggilan kecemasan dibuat pada jam 10.58 malam.

Agensi penyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Marin Bintulu, APM, JKM dan pegawai dari Pejabat Daerah Sebauh turut bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Susulan itu katanya, rombongan agensi Pengurusan Bencana Daerah diketuai Pegawai Daerah Sebauh Thadeus Ling Bartholomew Allu serta pasukan APM Sebauh termasuk JKM bergerak ke lokasi bagi meninjau keadaan kebakaran rumah panjang tersebut sekitar jam 9.30 pagi Jumaat seterusnya menyerahkan bantuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.179083 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list