CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2528|Reply: 0

[Sarawak] Situasi banjir di SK Nanga Selangau masih terkawal: APM

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Kawasan sekolah digenangi air terutama jalan utama ke sekolah SK Nanva Selangau.

SELANGAU: Situasi banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau masih terkawal walaupun paras air di kawasan sekolah kini mencapai ketinggian antara 0.20 dan 1.1 meter.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt (PA) Luke Douglas Dongum, pemantauan dilakukan pada jam 11 pagi tadi menggunakan bot selepas jalan utama ke sekolah itu ditenggelami air.

“Walaupun beberapa kawasan rendah di sekolah dinaiki air, struktur bangunan tidak terjejas, dan situasi kekal terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sekolah tersebut tidak beroperasi kerana cuti tahunan, dan hanya terdapat dua kakitangan sekolah berada di lokasi.

Katanya, pasukan APM Selangau terdiri daripada enam anggota bersama peralatan seperti bot penyelamat, jaket keselamatan, dan pengukur paras air terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan di kawasan sekitar.

"Secara keseluruhannya keadaan banjir di daerah Selangau adalah terkawal dan pihak kami akan terus memantau perkembangan cuaca dan paras air di kawasan berisiko di daerah ini," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037399 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list