CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2523|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut kereta terbabas di Taman Sukma

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:44 PM | Show all posts |Read mode




Keadan kereta mangsa yang terbabas dalam kejadian itu.

KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Taman Sukma di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa, 59, dikatakan memandu seorang diri menuju ke Jalan Pending sebelum kenderaannya terbabas di bahu jalan.

“Mangsa, lelaki warga tempatan, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Farhan turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Saundri Govinda Rajoo di talian 011-27549620/082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.062050 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list