CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38769|Reply: 4

Suami Brazil sopan santun, suami Melayu ramai musibat?

[Copy link]
Post time 30-1-2025 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Suami adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dalam rumah tangga, menyediakan nafkah dan melindungi keluarga.

Namun, tidak bererti suami perlu menggunakan kuasa veto yang dimiliki kerana dalam keadaan tertentu mereka perlu juga bertolak ansur.

Seorang pelajar perubatan berkongsi perbezaan ketara dari segi gaya komunikasi dalam hubungan suami isteri di negara ini dengan Brazil.



"Masa pertukaran pelajar di Rio de Janerio, Brazil saya tinggal dengan keluarga pertengahan di sana. Setiap masa tuan rumah nak minta apa sahaja dia akan menyebutnya dengan sopan.

"Mereka mengungkapkan can you please (bolehkah kamu) atau can we (boleh kita). Contohnya, boleh tak awak masak sesuatu kepada tetamu?, atau 'boleh kita pergi ke pasar untuk beli ikan?," katanya.

Berdasarkan pengalamannya, apa yang dilihat itu jauh berbeza dengan cara hidup atau budaya negara ini dengan kebanyakan suami lebih suka mengarah.

"Kenapa budaya kita, kalau suami je semua mengarah? Kalau tak patuh, terus berdosa?

"Tapi rumah tangga kan sama-sama bina," katanya.

Perkongsian itu bagaimanapun tidak dipersetujui kebanyakan netizen khususnya dalam kalangan suami yang menganggap pelajar itu tidak wajar melihat setiap lelaki yang sudah berkahwin berperangai sama.

"Jangan pukul rata. Kat Brazil ke, Malaysia ke, ada je suami yang baik. 'Yang, tolong buatkan air boleh?' 'Nanti tengok kan butang baju saya yang tercabut tu'.

"Tak nafi ada juga yang musibat. Sama je mana-mana. Struktur bahasa kita pun lain. Mana boleh main hentam sama rata," kata seorang lelaki.

Namun, ada juga yang menyokong pandangan pelajar berkenaan.

"Sebenarnya budaya kita sangat sopan dan lembut bahasanya. Cuma persekitaran dan keegoan yang mengubah.

"Betul, saya kahwin lelaki asing. Setiap ayat mesti ada please atau can u please? Dan thank you.

"Orang kita kadang selalu lupa guna perkataan tolong," demikian antara komen beberapa netizen.

Dalam pada itu ada juga yang menganggap pelajar itu dikelilingi individu khususnya lelaki yang suka mengarah.

"Boleh periksa balik kot sekeliling kau tu. Mungkin toksik, sebab famili orang lain rileks je dalam berbahasa," kata seorang warga maya.

Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 11:12 AM | Show all posts
Statement macam baru keluar gua tak pernah jumpa orang yang berperilaku normal kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 31-1-2025 11:12 AM
Statement macam baru keluar gua tak pernah jumpa orang yang berperilaku normal kat Malaysia ni.

Kannnnn… dia pon tah2 bernasib baik duk dgn family brazil yg bersopan santun. Lepas tu terus generalise kan satu negara terus
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 06:51 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 1-2-2025 06:41 PM
Kannnnn… dia pon tah2 bernasib baik duk dgn family brazil yg bersopan santun. Lepas tu terus gene ...

Yang aku tahu lelaki Brazil hensem dan bermulut manis jah. Tapi kes curang kat sana sangat tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 02:20 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Padahal baru jumpa sorang laki jer... Puih...!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047245 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list