CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7608|Reply: 0

Nak kahwin dulu baru solat 5 waktu, tutup aurat... Bakal suami was-was janji manis cik tunang

[Copy link]
Post time 2-2-2025 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Ketika dilamun cinta, menabur janji manis kepada pasangan masing-masing merupakan perkara biasa.

Tetapi apabila janji yang dibuat itu melibatkan soal agama, ia tidak seharusnya diambil ringan.

Dilema itu yang membelenggu seorang lelaki apabila tunangnya berjanji akan memenuhi tuntutan agama hanya selepas mereka mendirikan rumah tangga.



"Tunang saya ni tidak tutup aurat dengan sempurna dan tak solat lima waktu. Saya dah pesan banyak kali, tapi dia jawab lepas kahwin nanti akan buat semua tu," ujarnya menerusi perkongsian di Facebook.

Sungguhpun demikian pengadu masih meragui dengan janji tunangnya itu lebih-lebih ketika hari bahagia mereka semakin dekat.

Tambah pemuda itu, jauh di sudut hatinya dia merasakan bahawa janji-janji yang dilemparkan tunangnya adalah sekadar alasan untuk mengelak daripada melakukan perubahan sekarang.

Bukan itu sahaja, lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga ini berasa bimbang sekiranya wanita itu lebih sukar dibimbing selepas kahwin.

"Ada kemungkinan tak lepas kahwin nanti dia akan buat semua tu?

"Sebab apabila sudah kahwin nanti saya takut akan terbeban dengan tanggungjawab nak bimbing dia," luah lelaki itu lagi.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki ini turut berharap agar orang ramai dapat membantunya memberikan pendapat berhubung hal berkenaan.

Susulan itu pelbagai pendapat diberikan orang ramai mengenai masalah yang dihadapi pemuda berkenaan untuk dipertimbangkan pengadu.

Menurut seorang pelayar Facebook di grup Tip Persiapan Kahwin, dia menasihatkan supaya pengadu mempertimbangkan semula untuk meneruskan hubungan tersebut.

"Jangan percaya dengan janji itu. Sedangkan perintah Tuhan pun dia berani langgar, inikan pula arahan daripada bakal suami.

"Jauhi mereka yang fasik untuk dijadikan pasangan. Jika betul dia nak berubah tak perlu tunggu lepas kahwin," ujar salah seorang netizen lagi.

Selain itu ada juga netizen yang berpandangan sebaliknya dengan meletakkan harapan agar dia boleh membimbing wanita itu ke arah lebih baik.

"Kalau wanita itu jenis boleh terima nasihat, insya-Allah boleh tu. Cuma kena bimbing dengan contoh. Mula-mula ajak solat berjemaah sama-sama.

"Buka ceramah agama selepas solat Maghrib ke, bagi dengar kuat-kuat. Jangan ada sindir-menyindir. Suami kena banyak berdoa.

"Perempuan ni mudah saja (untuk berubah) kecuali memang dia susah nak terima nasihat dan pandangan suami," kata netizen lain pula.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.035718 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list